Cari...

Kecantikkan

Wanita Yang Paling Comel Dan Menawan Adalah Wanita Malaysia

Kongsi
wanita comel

Wanita paling comel merupakan perkara yang sukar untuk ditafsirkan kerana setaip orang mempunyai pendapat sendiri mengenai maksud comel itu. Wanita comel di mata lelaki wanita yang mempunyai wajah yang jelita, cukup memiliki raut wajah yang comel dan perwatakkan yang menyenangkan. Wanita comel biasanya seorang yang sangat sederhana, tetapi suka melakukan sesuatu diluar jangkaan kita.

Watak tersebut memang sesuai dengan wanita di negara Malaysia iaitu bersopan santun, berbudi bahasa, baik hati, menghormati orang tua, dan menjaga tata susila apabila di khalayak ramai. Kebanyakan mereka asal dari orang kampung yang benar-benar mengikuti akhlak yang baik mengikut adat orang tua mereka. Namun, wanita yang berada di peringkat remaja tidak semua seperti itu kerana terdedah dengan pengaruh barat.

wanita comel
Foto: google

Ciri-ciri Wanita Malaysia

Comel Dan Menawan

Apa yang membuatkan seseorang wanita itu comel dan menawan? Sangat banyak sebenarnya, antaranya ialah keyakinan terhadap diri sendiri, kesungguhannya, sikapnya yang merendah diri dan bersopan santun, bijak berbicara dan mempunyai pengetahuan luas mengenai hal semasa yang berkaitan banyak perkara – bukannya terhad kepada kecantikan, fesyen mahupun hiburan semata-mata.

Namun ciri yang tidak kurang penting ialah keberaniannya memaparkan wajah semula jadi tanpa solekan. Bagaimanapun ini bukanlah menolak keperluan berdandan kerana solekan dan dandanan memang mempunyai ‘kuasa’ dalam membantu meningkatkan keyakinan seseorang.

Manis

Manis bermaksud sesuatu sifat yang semua orang suka seperti tidak keterlaluan, beradab dan tidak menyerupai lelaki. Wanita Malaysia mempunyai kemanisan dari keayuan wajah. Walaupun tak berkulit cerah, namun kemanisan wajah tu terserlah.

Lemah Lembut dan sopan santun

Lemah lembut sopan santun memang ciri-ciri utama perempuan Malaysia, memang adat kita dan adab kita yang mengajar wanita Malaysia menjadi seorang wanita yang lemah lembut.

Baca juga  Terlalu Kasar Sapu Losyen Pada Kulit, Ini Cara Sapu Losyen Yang Betul

Sopan santun dan berbudi bahasa memang terbaik. Ingat, kecantikkan bukan hanya dari paras rupa tetapi dari sikap dan tatsusila. Itulah kecantikkan sebenar wanita Malaysia. Namun ada lagi tak gadis Malaysia sekarang masih lagi sopan santun? Sebab itu wujud nya perkataan “Perempuan Melayu terakhir” sedangkan melayu belum lagi berakhir.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *