Cari...

Info Menarik

Wanita Yang Cenderung Dapat Anak Perempuan Selalunya Cantik

Kongsi

Wanita yang cenderung dapat anak perempuan merupakan wanita yang cantik asalnya. Mesti lah ada sebabnya kan? Jika anda ada ramai anak perempuan berbanding lelaki, mungkin dalam tak sedar anda dalam kategori wanita cantik. Bukanlah, semuanya cantik, namun yang nampak “lebih” cantik tu, lebih cenderung untuk dapat anak perempuan.

Ini berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Satoshi Kanazawa dari London School of Economic. Menurut kajian tersebut, wanita yang menarik atau cantik cenderung hamil dan melahirkan anak perempuan. Kajian ini telah menjejaki 17,000 bayi di Britain yang lahir pada tahun 1958. Ketika seramai 17,000 bayi ini memasuki usia 7 tahun, Dr. kanazawa telah meminta guru mereka untuk menilai tahap kecantikan mereka.

Cenderung Dapat Anak Perempuan

Bayi yang sama ini kemudian ditemuramah pada pada usia mereka 45 tahun. Di sini mereka membuat kesimpulan bahawa wanita yang dinilai sebagai budak perempuan yang cantik kebanyakannya mempunyai anak perempuan.

Cenderung Dapat Anak Perempuan
Foto: unsplash.com

Terdapat satu lagi kajian tentang wanita cantik. Ia dilakukan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki.

Membuat kajian terhadap 1,244 wanita dan 997 lelaki didapati bahawa wanita cantik 16 % mempunyai lebih anak manakala wanita yang sederhana cantik hanya 6 % mempunyai lebih anak.

Sementara itu lelaki yang dianggap tak begitu kacak pula dilihat 13% mempunyai kurang anak berbanding lelaki lain.

Tapi apa pun ini hanya kajian, kita sebagai umat Islam kena percaya rezeki anak itu lelaki atau perempuan ketentuan Yang Maha Esa. Paling utama kita doakan anak kita sihat dan sempurna.

Kadang-kadang terlalu cantik pun jadi masalah, seperti wanita ini, Kerana Terlalu Cantik Wanita Mengeluh Tidak Dapat Kerja

Sumber: newidea.com

Baca juga  Wanita Sumbat Bayi 6 Hari Dalam Beg Galas Di Lapangan Terbang
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *