Cari...

Info Menarik

Suara Serak Basah Buat Wanita Nampak Seksi

Kongsi

Suara serak selalunya dianggap sangat seksi oleh sesetengah orang, bukan saja terdengar unik, malah ada lelaki yang sangat obses dengan wanita memiliki suara serak kerana menganggapnya seksi. Mungkin ada pendapat lain, namun kita bincangkan pendapat suara serak basah seksi dahulu.

Sesiapa yang memiliki suara unik ini sering diajukan soalan samada mereka sakit tekak atau tidak, padahal ianya adalah suara semulajadi yang jarang-jarang dimiliki, Jika anda antara salah seorang yang memilikinya, anda boleh rasa bangga kerana ianya adalah salah satu tarikan bagi seorang lelaki.

Suara Serak Itu Seksi

Terdapat beberapa artis popular yang memiliki suara seksi tersebut mampu memikat ramai peminat mendengar suara mereka, jadi terbuktilah suara serak ini unik dan juga dianggap ‘mahal’ oleh sesetengah orang. Antara artis wanita yang memiliki suara serak ialah Ella dan Aishah. Suara serak yang di lontarkan nampak sangat manja dan boleh mencuri hati lelaki di sekeliling.

suara serak
Foto: Mstar

Menurut portal Health.detik.com, Sementara artis terkenal Hollywood pula, suara yang dimiliki Marilyn Monroe, suaranya telah dianggap paling seksi. Bukan sahaja digemari oleh ramai peminat lelaki, malah peminat dari kalangan wanita.

suara serak
Foto: Time megazine

Bagi sesetengah lelaki tidak mementingkan paras rupa, banyak aspek yang boleh diambil kira selain paras rupa. Ini kerana kecantikkan itu adalah subjektif. Jika anda rasa kecantikkan rupa paras saja yang mampu menarik minat mereka, anda salah!

jika bukan kerana suara, boleh jadi seorang lelaki boleh jatuh cinta pada anda kerana tahi lalat yang ada di pipi anda, kerana nampak manis bertahi lalat. Semua itu tiada yang mustahil dan terpulang kepada hak masing-masing untuk memilih.

Jika anda sememangnya dari lahir sudah bersuara serak, mungkin ianya adalah satu anugerah yang unik untuk anda, namun jika suara anda berubah menjadi serak dengan tiba-tiba, kemungkinan besar anda mengalami masalah pada peti suara anda.

Baca juga  Mulberi Merupakan Pemerah Bibir Dan Pipi Semulajadi

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *