Cari...

Uncategorized

Wanita Mengeluh Tidak Dapat Kerja Kerana Terlalu Cantik

Kongsi

Dakwaan wanita muda ini mungkin melucukan, namun dia tetap percaya bahawa kecantikan kini menjadi satu halangan besar untuk bekerjaya.

Irina Kova, seorang graduan undang-undang mendakwa sukar mendapat pekerjaan kerana majikan tidak mahu terganggu dengan kecantikannya.

Dia yang kini menetap di London, United Kingdom berkata, menjadi gadis cantik menjejaskan kerjayanya.

Foto ilustrasi – unsplash.com

Meskipun mempunyai ijazah undang-undang dan beberapa pengalaman bekerja, Irina mengeluh kerana masih sukar mendapatkan kerja tetap.

Dia yang berusia 33 tahun itu percaya majikan lelaki secara serius tidak mengambil wanita yang menarik perhatian untuk dijadikan sebagai pekerja.

Disebabkan kesukaran itu, Irina bertindak untuk tidak memakai kasut tumit tinggi dan mula memakai cermin mata.

Dia juga hanya memakai solekan nipis sahaja.

Bagaimanapun usahanya tidak mencukupi apabila ejennya mencadangkan supaya dia mewarnakan rambut ke warna lebih gelap bagi mengelakkan daripada stiga rambut perang.

Wanita kelahiran Rusia itu mendakwa dia meletakkan jawatan berikutan komen-komen berhubung penampilannya.

Sumber: Mirror UK

Baca juga  Rebutan Kuasa 5G, China dan Russia Buat Perjanjian

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *