Cari...

Psikologi

Wanita Lebih Hebat Menyembunyikan Kecurangan Berbanding Lelaki

Kongsi

Wanita lebih hebat dari lelaki, memang benar. Wanita selalu mengatakan bahawa lelaki sering kali curang. Hal ini kerana lelaki tidak pandai menyembunyikan kecurangan mereka. Namun, sebaliknya wanita sangat hebat menyembunyikan kecurangan mereka.

Dengan menggunakan 1500 responden untuk meneliti 200 gambar dan video wanita dan lelaki, kajian itu mendapati lelaki yang curang mudah dikenalpasti berdasarkan gerakan dan perubahan wajah pada rahang, dagu dan kening ketika berbicara.

Wanita Lebih Hebat Menipu

Bagaimanapun, wanita yang curang tidak dapat dibezakan dengan mereka yang setia kerana tidak terdapat perubahan wajah ketika mereka membuat penipuan.

Penyelidikan itu bertujuan untuk melihat bagaimana manusia membangunkan kebolehan mereka mengesan penipuan sebagai satu kelebihan evolusi berbanding haiwan.

Menurut kajian itu lagi, manusia yang boleh mengesan penipuan boleh berkembang lebih maju disebabkan kos reproduktif yang tinggi boleh dimanfaatkan.

wanita lebih hebat
Foto: Irish Mirror

Lagi Kajian Dari UndercoverLovers.com

Hampir 100 peratus wanita yang curang mendakwa berjaya menyembunyikan jejak mereka, manakala 17 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing.

Agensi mengatur temu janji internet, UndercoverLovers.com melakukan tinjauan ke atas 3,000 individu yang sudah berkahwin mendapati 95 peratus wanita dan 83 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka tidak diketahui.

Sebanyak 89 peratus peserta tinjauan itu yang curang mengaku berjaya merahsiakan perbuatan mereka daripada pasangan masing-masing. Jurucakap agensi itu, Emily Pope, menyatakan wanita lebih pandai berbohong berbanding lelaki.

“Kebanyakan ahli laman sosial ini berlaku curang dalam jangka masa lama tanpa ditangkap” katanya. Pakar psikologi dari Universiti Manchester Metropolitan, Dr David Holmes berpendapat bahawa wanita lebih cenderung untuk bersikap curang.

“Wanita memang bijak menipu kerana secara psikologinya mereka berada dalam kelas tersendiri, berbeza dengan lelaki. Mereka membuat penilaian dan keputusan secara emosional dalam merancang strategi manakala lelaki lebih impulsif.

Baca juga  Kenali Personaliti Wanita Melalui Warna Kegemarannya

Perbezaan paling besar adalah wanita lebih bijak menyembunyikan rahsia kecurangan mereka,” katanya.

4 daripada 10 tak setia

Kajian lain di United Kingdom juga mendapati, empat daripada 10 wanita mengaku tidak setia. Sementara cuma tiga daripada 10 lelaki mengaku tidak curang.

Tinjauan pendapat 3,000 orang dewasa mendapati dua perlima wanita yang curang mengatakan ia berlaku ketika mereka berada di kelab malam. Hampir satu daripada empat wanita sama curang dengan rakan sekerja.

Kira-kira 55 peratus wanita mengaku mereka suka mendapatkan perhatian lelaki dan satu pertiga daripadanya berkata lelaki sering salah anggap wanita berkenaan meminati mereka.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *