Cari...

Uncategorized

Wanita Lebih Gatal Walau Nampak Senyap

Kongsi
wanita lebih gatal

Wanita sebenarnya lebih gatal secara mereka diam-diam. Tahu kenapa? Ramai wanita yang rasa bangga apabila disamakan seperti buaya darat akan tetapi, memang sudah jelas gatal, dia akan tetap marah apabila diperkatakan seperti itu. Pelik kan wanita ni?

Wanita gatal atau miang merupakan perasan terlalu universal untuk dilabelkan. Seperti tiada maruah bagi seorang wanita apabila dilabelkan seperti itu sedangkan realiti buat diri mereka. Lebih 50% perhubungan bermula daripada wanita yang memberi reaksi positif, meminta untuk didekati dan mengharap ada lanjutan daripada seorang lelaki.

Lelaki Lebih Menyerlah Miang Berbanding Wanita

Tidak kurang juga, lelaki turut sama saja, biasanya lelaki tidak akan menunjukkan rasa minat yang ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun jatuh hati dan menyukai seseorang wanita itu berbanding pula wanita yang lebih mudah mengukir senyuman apabila hatinya tersentuh.

Namun, secara hakikatnya, tiada perbezaan ketara dalam soal ‘gatal’ ini. Ya memang benar, lelaki miang itu sangat ramai, tetapi wanita gatal juga tidak kurang hebatnya. Bezanya, lelaki tidak segan silu untul menonjolkan sikap miang sedangkan wanita sedaya upaya menyembunyikannya.

Siapa wanita gatal? Gadis di sekolah menengah adalah golongan paling cepat memberikan reaksi jika diusik lelaki. Cinta monyet zaman persekolahan adalah fasa permulaan. Itulah wanita gatal sebenarnya kerana cepat memberi respon positif.

Tambahan lagi, ada kalanya ada yang tidak boleh terlepas daripada gelaran sebegitu adalah golongan setiausaha dalam kalangan pekerja. Stigma yang melekat pada masyarakat kita kerjaya ini acap kali dikaitkan dengan identiti wanita yang gatal.

wanita lebih gatal
Foto: google.com

Gatal di tempat kerja

Andaian ini disebabkan kerjaya setiausaha selalunya memerlukan beberapa kriteria seperti cantik, bergaya dan bijak berkomunikasi terutamanya dengan majikan yang kebanyakannya lelaki yang sudah berkahwin.

Baca juga  Hijab Jenama Nike, Nampak Simple Dan Kemas Bila Memakainya

Oleh sebab itu juga mereka senang dikaitkan menjalin hubungan atau menyimpan strategi untuk memancing selera majikan masing-masing ketika bekerja memandangkan lebih 80 peratus rutin tugasan mereka perlu bersama majikan itu.

Disebabkan sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.

Anda jangan mudah tipu, isteri kepada majikan pastinya akan muncul rasa cemburu atau paling tidak mencurigai keadaan itu kerana ada kalanya setiausaha perlu kerja lebih masa dan meluangkan masa dengan majikan mereka.

Hal yang berkaitan cinta gelap antara setiausaha dengan bos lelaki ini masih menjadi persoalan dan pertikaian jika topik mengenai pejabat didebatkan.

Walau bagaimanapun setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki juga boleh melaksanakan tugas ini malah ada kalanya lebih baik. Lihatlah setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara adalah seorang lelaki.

Dilihat mengapa stigma ini berlaku, ini berpunca dari sikap sesetengah setiausaha itu sendiri. Tidak dinafikan, banyak kes timbul membabitkan setiausaha wanita dengan majikan lelaki.

Ada juga bos lelaki sanggup curang dengan isteri dan anaknya. Setiausaha cantik dan bergaya, lebih faham masalah dan tekanan membuat majikan lelaki lebih selesa dengan layanan berbanding isteri yang mungkin tidak memahami.

Nak tahu jalan penyelesaiannya? Sukar untuk menyelesaikan masalah ini kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri. Lebih baik jika majikan lelaki dibantu oleh setiausaha lelaki atau wanita yang sudah pun berkahwin dan mempunyai komitmen keluarga.

Jika majikan wanita, pasti lebih mudah kerana jarang kita mendengar kisah setiausaha lelaki menjalin hubungan dengan majikan wanita memandangkan wanita yang memegang status majikan akan lebih serius dan komited dengan tugasnya.

Baca juga  Lelaki Kacak Adalah Lelaki Yang Cukur Bulu Ketiak!

Gelaran ‘Lady boss’ adalah untuk majikan wanita yang hampir kesemuanya tegas dan tidak akan melakukan hal yang remeh di pejabat, sebaliknya mereka bersikap fokus dengan tanggungjawab tugas.

Justeru itu, jagalah peribadi dan tingkah laku kerana setiap pergerakan anda diperhatikan. Apa saja dilakukan pastinya menjadi tanggapan dan mudah dinilai.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *