Cari...

unik

Wanita Ini Menghidapi Penyakit Lidah Berbulu

Kongsi

Banyak kita dengar cerita dan perkara yang pelik sering kali terjadi, kadang-kadang tak terfikir oleh akal kita. Wanita ini menghidapi penyakit lidah berbulu. Sangat pelik bukan?

Cerita ini benar-benar yang berlaku kepada seorang wanita berusia 55 tahun dari Missouri, Amerika Syarikat dan dilaporkan dalam journal perubatan New England, Journal of Medicine (NEJM).

Wanita itu pada mulanya dimasukkan ke dalam wad apabila kedua-dua kakinya cedera parah dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Apabila luka kakinya mengalami jangkitan kuman, doktor memberinya beberapa jenis antibiotik, tetapi seminggu kemudian sesuatu yang misteri berlaku kepadanya.

Dia mula berasa pening-pening lalat selepas mengambil ubat, lidahnya terasa ganjil dan perlahan lahan berubah warna kegelapan seakan-akan ditumbuhi bulu halus berwarna kehitaman.

Dia kemudiannya dirujuk semula ke hospital dan dirawat oleh Dr Yasir Hamad dan pasukannya dari Washington University School of Medicine.

Selepas beberapa ujian, doktor mengesahkan wanita itu diserang penyakit Black Hairy Tongue (Lidah Berbulu Hitam) atau nama saintifiknya, lingua villosa nigra.

Doktor mengesahkan penyakit ini sebenarnya tidak berbahaya. Warna hitam di permukaan lidah bukanlah bulu, tetapi permukaan yang dicemari sisa makanan dan ditumbuhi bakteria, terang Dr Hamad. Lidah akan mula berwarna keputihan sebelum berubah kecoklatan dan bertukar kehitaman jika tidak dirawat.

Walaupun punca utamanya kerana kurang menjaga kebersihan, dalam kes ini doktor mengesahkan wanita itu mendapat penyakitnya akibat kesan sampingan daripada sejenis antibiotik bernama Minocycline, sejenis ubat yang juga digunakan untuk merawat jerawat.

Selepas ubatnya ditukar, penyakit lidah berbulu hitam wanita ini akhirnya sembuh. Jadi, jika anda tiba-tiba mendapati lidah anda bertukar kehitaman, jangan bimbang! Berjumpalah doktor (atau doktor gigi) untuk mendapatkan nasihat.

Baca juga  Jamban Di Curi Selepas Beberapa Orang Memakainya
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *