Cari...

Gaya Hidup

Wanita Ini Mencintai Robot Sehingga Menjalinkan Hubungan

Kongsi

Mencintai robot memang perkara yang bukan menjadi suatu kesalahan. Yang menjadi masalahnya, mencintai benda yang tidak hidup, tapi seakan-akan hidup. Mana tak sakit kepala bila wanita ini menjalinkan hubungan dengan robotnya dan jatuh cinta dengan robot.

Memang tidak dinafikan, hasil kecanggihan teknologi zaman sekarang, rekaan robot semakin hari semakin kelihatan seakan menyerupai manusia sebenar. 

Mungkin disebabkan itu, sebilangan manusia mulai menjalin perasaan dengan robot sehinggakan terjatuh cinta ke atas bahan yang sebenarnya hanya rekaan manusia itu sendiri. 

Memetik laporan Daily Mail, baru-baru ini, seorang wanita Perancis dikatakan mahu berkahwin dengan sebuah robot yang dihasilkan sendiri menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi (3D). 

Mencintai Robot

Wanita yang hanya dikenali sebagai Lily itu mengakui dia hanya tertarik dan jatuh hati kepada robot ciptaannya yang dikenali sebagai ‘InMoovator’ dan tidak suka menjalinkan hubungan dengan manusia.

“Hubungan saya dengan lelaki sekadar berkomunikasi dan tidak melibatkan sentuhan fizikal.” 

Mencintai Robot
Foto: bm.cari.my

Menurutnya, dia gemar mendengar suara robot ketika zaman kanak-kanak dan tidak menyangka dirinya tertarik dengan teknologi tersebut apabila meningkat dewasa.

Dengan kewujudan teknologi pencetakan 3D, impian Lily untuk memiliki “pasangan robot” semakin tercapai apabila menggunakan khidmat syarikat Perancis untuk menghasilkan robot InMoovator.

Pasangan tersebut dilaporkan telah bertunang dan Lily berkata, dia akan berkahwin dengan robot tersebut apabila Perancis meluluskan undang-undang yang membenarkan manusia berpasangan dengan robot.

Baca juga  Cara Paling Sopan Untuk Tolak Cinta Seseorang
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *