Cari...

Gaya Hidup unik

Wanita Ini Menanam Perhiasan Di Dalam Mata

Kongsi

Perhiasan di dalam mata? Sangat mengejutkan bila melihat wanita ini sanggup untuk meletakkan satu aksesori ke dalam mata berbentuk hati. Mana tak nya, bahagian mata sangat sensitif dan risikonya juga sangat tinggi. Namun wanita ini tetap ingin meneruskan meletakkan aksesori ke dalam mata nya.

Fesyen bertindik sudah mula sampai ke bahagian mata. Seorang wanita, Lucy Luckayanti dari New York telah mencipta rekod dengan menjalani pembedahan kecil menanam aksesori platinum berbentuk hati di dalam bebola matanya. Pembedahan itu menelan kos sebanyak 3000 USD namun menurut Lucy, dia langsung tidak menyesalinya. 

perhiasan di dalam mata

Pembedahan itu dijalankan oleh seorang pakar bedah mata di New York, Dr Emil Chynn, di dalam bilik kaca di pusat rawatannya, agar orang yang lalu-lalang dapat menyaksikan sendiri proses itu. 

Perhiasan Di Dalam Mata

Menurut Chynn, prosedur pembedahan itu sangat mudah dan ringkas. Dia hanya menggunakan gunting kecil untuk mengoyakkan sedikit sahaja lapisan membran yang menyelaputi mata putih pesakit. Kemudian, dia hanya menyelitkan sahaja aksesori tersebut ke dalam bahagian mata pesakit. Potongan yang dibuat sangat kecil sehingga tiada jahitan pun diperlukan bagi pembedahan itu. 

Pembedahan mata tersebut hanya mengambil masa 5 minit dan pesakit akan sembuh dalam masa tiga hari, serta akan dapat melihat dengan sempurna tanpa merasakan apa-apa objek berada di dalam mata. 

Chynn berkata dia pada ketika itu sedang mencari pesakit pertama yang sanggup menjalani pembedahan aksesori mata, dan Lucy muncul tepat pada masanya. Dia pada awalnya berhasrat untuk mencari mana-mana selebriti untuk menjalani pembedahan itu. 

Chynn juga turut menyatakan, pesakit boleh memilih untuk membuang aksesori itu dengan menjalani kaedah pembedahan yang sama dalam masa 5 minit sahaja.

Baca juga  Ribuan Orang Mengimplan Micro Chip Ke Dalam Badan Untuk Hidup Senang

Sumber: bm.cari.com.my 

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *