Cari...

unik

Wanita Ini Mempunyai Keupayaan Kebal Seperti Watak Marvel

Kongsi
kebal

Pasti anda tidak percaya bahawa ada manusia yang betul-betul ada mutasi seperti watak marvel yang pernah kita lihat. Seorang wanita yang mempunyai keupayaan seperti watak superhero Marvel telah ditemui oleh para penyelidik di UK.

Warga emas, Jo Cameron 71, disamakan dengan watak superhero apabila mengalami mutasi genetik yang menyebabkannya tidak merasa kesakitan dan lukanya mampu sembuh dengan begitu cepat, tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Kes ini yang dipaparkan dalam British Journal of Anaesthesia, diramalkan bakal membuka peluang untuk menghasilkan rawatan yang membantu orang ramai untuk cepat sembuh selepas pembedahan, mengawal sakit kronik dan penyakit anxiety disorder (gangguan keresahan melampau).

Cameron telah menarik perhatian doktor sewaktu berusia 65 tahun apabila beliau cuba mendapatkan rawatan untuk masalah pinggulnya. Namun doktornya mendapati penyakitnya lebih kronik, iaitu arthritis serius yang memerlukan rawatan besar.

Ketidakselesaan akibat penyakit ini sepatutnya melemahkan pesakit, dan selepas melalui dua pembedahan yang disifatkan Cameron sebagai tidak sakit, doktor-doktor di Hospital Raigmore, Inverness membuat keputusan untuk menyiasat lebih lanjut.

Antara catatan yang tertera dalam sejarah rawatan Cameron:

‘Dia kerap melaporkan pelbagai kesan terbakar dan luka tanpa sakit, kerap terhidu bau isi kulitnya terbakar sebelum mendapati ada kecederaan, dan luka-luka ini akan sembuh cepat dengan sedikit atau tiada langsung kesan parut.”

Warga emas ini juga didapati boleh memakan antara cili terpedas di dunia, Scotch Bonnet (yang juga dikenali sebagai ‘Bola Api’ dek tahap kepedasannya di antara 80,000 hingga 400,000 SHU), tanpa sebarang ketidakselesaan. Video di bawah memaparkan Cameron memakan cili Scotch Bonnet bersama suami dan doktornya tanpa merasa pedas, malah kelihatan ketawa melihat reaksi pedas dialami doktor dan suaminya.

Baca juga  Gadis "Blue Dragon" Dengan Bebola Mata Biru

“Saya tidak terfikir langsung kesakitan yang sedikit, yang saya alami ini adalah suatu keganjilan sehinggalah beberapa tahun lepas. Saya fikir ia normal,” kata Cameron.

“Mempelajari tentangnya turut mengagumkan saya, sama seperti orang lain.”

Cameron dirujuk kepada pakar genetik sakit di Kolej Universiti London dan Universiti Oxford, di mana mereka mendapati beliau mengalami dua mutasi. Satu pada gen yang dipanggil FAAH (Fatty Acid Amide Hydrolase), yang biasanya dikenali di kalangan penyelidik kesakitan. Gen FAAH ini memainkan peranan penting dalam sistem saraf yang menyebabkan kesakitan, memori dan perasaan, serta turut bertindak balas dengan ganja.

Mereka juga mendapati gen kedua, iaitu FAAH-OUT yang terdapat dalam badan Cameron turut mengalami mutasi. Sebelum ini, pakar melabelkan gen FAAH-OUT sebagai ‘DNA Sampah’ disebabkan sifatnya yang didapati tidak berfungsi. Namun dalam kes Cameron, mereka mendapati gen FAAH-OUT ini telah mengawal gen FAAH dan menutupnya.

Seperti juga keupayaannya menyembuhkan diri dan tidak sensitif kepada kesakitan, wanita ini mendapat skor kosong dalam ujian keresahan dan depresi. Beliau menyatakan tidak pernah panik dalam apa-apa situasi berbahaya seperti kemalangan kenderaan yang dialaminya baru-baru ini.

Sekiranya ada situasi cemas sekali pun, ianya cuma sekadar lupa kunci atau terlupa apa yang difikirkannya.

Menurut Dr. Devjit Srivastava yang merupakan konsultan sakit di Raigmore, kesan penemuan ini sangat besar dan bakal membawa kepada penemuan ubat tahan sakit yang menghilangkan rasa sakit sejurus selepas pembedahan serta mempercepatkan penyembuhan luka. “Kami berharap agar ia membantu 330 juta pesakit yang perlu melalui pembedahan di seluruh dunia pada setiap tahun,” katanya.

Separuh daripada pesakit selepas pembedahan masih merasa sakit tahap sederhana hingga tahap teruk, walaupun telah diberi ubat tahan sakit moden. Mungkin gen FAAH-OUT adalah kunci yang membuka kepada potensi mengurangkan rasa sakit yang disebabkan oleh gen FAAH, apabila semua usaha lain gagal.

Baca juga  Salon Ini Menggunakan Khidmat Ular Sawa Untuk Mengurut Pelanggan

Kemungkinan juga terdapat ramai lagi di luar sana yang hidup dengan mutasi seperti ini tanpa diketahui umum, oleh itu para pakar menyeru agar mereka tampil ke hadapan kerana ia boleh membantu usaha penyelidikan ini.

Mungkinkah ada lagi manusia ada kekuatan super yang lain di luar sana? Mana kita tahu kan, di dunia ini banyak rahsia yang tersembunyi yang belum kita bongkar lagi. Petikan dari laman mv1.cari.com.my.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *