Cari...

Gaya Hidup

Wanita Ini Kahwin Solo Kerana Letih Tunggu Jodoh

Kongsi
kahwin

Kahwin solo? Mengarut bukan? Setiap wanita mesti mengimpikan seorang jejaka idaman untuk menjadi pasangan hidup. Namun tak semua dapat merasai kebahagiaan bersama dengan seseorang. Wanita ini nekad kahwin solo kerana letih menunggu jodohnya sampai. Perkara ini berlaku di negara barat, tapi bagi kita tiada istilah berkahwin dengan diri sendiri.

Terdapat pelbagai faktor perkara ini boleh terjadi seperti kegagalan dalam percintaan, kecewa dengan pasangan dan tiada lagi kepercayaan terhadap istilah pernikahan. Jangan terkejut kerana ia bukan lagi perkara asing bila adanya berita memaparkan wanita melakukan perkahwinan solo di negara barat. 

kahwin solo
Foto: mv1.cari.com.my

Seorang wanita yang bernama Lynne Gollogly, 39tahun dari Rotherham berkata dia kini tiada lagi minat untuk sesebuah perhubungan, malah bahagia bersendiri. 

Dia yang merancang mengadakan majlis perkahwinan solonya pada bulan April ini, telah pun menempah gaun perkahwinan yang sangat cantik malah telah ‘booking’ tiket percutian berbulan madu ke Rome. 

“Saya kini solo selepas tiada lagi minat terhadap perhubungan dengan lelaki, saya pernah bertunang ketika usia muda. Namun, ia sesuatu yang bodoh dan tiada manfaat pun. 

“Pun begitu, saya tidak sesekali berkata tidak untuk sesebuah perhubungan, cumanya saya tidak akan menunggu lagi,” katanya. 

“Perkahwinan adalah sesuatu yang saya sentiasa mahukan, namun Mr.Right tak pernah hadir, jadi saya teruskannya tanpa mengahwini si dia,” katanya lagi. 

Lynne Gollogly

Dia terinspirasi untuk mengahwini diri sendiri apabila menonton drama siri Friends. Melalui rekod, Lynne bukanlah yang pertama melakukannya. Mei tahun lalu, Sophie Tanner, 37 dari Brighton turut mengadakan perkahwinan solo selepas 20 tahun gagal dalam bercinta.

Baca juga  Rahsia Dalam Bilik Tidur Harus Dijaga Supaya Tidak Di Masuki Orang
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *