Cari...

Antarabangsa Cerita Menarik Gaya Hidup Info Menarik

Wanita Di Hong Kong Di Cadangkan Untuk Kencing Berdiri

Kongsi

Kencing berdiri untuk wanita? Lawak apakah ini? Bagaimana wanita boleh kencing berdiri ya? Namun, bagi kerajaan Hong Kong, ianya tidak mustahil. Alasannya? Mengurangkan kesesakkan. Bagi orang yang berfikiran sempoi mungkin dia rasa boleh saja. Tapi, bukankah perlu bagi kita menjaga adab apabila kencing.

Kencing Berdiri

Wanita di Hong Kong di cadang untuk kencing berdiri bagi menjimatkan masa untuk pengguna tandas yang lain. Akibat oleh kesesakkan orang ramai, maka mereka mendapat ilham untuk membuat tandas khas untuk wanita kencing berdiri.

Persatuan Pelancongan Hong Kong (HKTA) mencadangkan tandas urinal khas untuk wanita disediakan di semua tandas awam.

Memetik AsiaOne dan South China Morning Post, cadangan yang diutarakan pada Khamis itu bertujuan untuk mengelakkan ‘kesesakan’ di tandas wanita.

Menurut HKTA, kemudahan itu akan memendekkan masa wanita membuang air kecil kepada 1.5 minit saja, berbanding dua hingga tiga minit pada kebiasaannya.

Ia sekali gus dapat mengurangkan jumlah orang beratur di luar tandas wanita.

Selain itu, tandas awam mungkin boleh menyediakan ‘corong kencing’ pakai buang untuk membantu wanita membuang air kecil dengan lebih ‘kemas’.

Kredit foto: South China Morning Post

“Ia lebih praktikal untuk menyediakan urinal berbanding membina bilik air tambahan terutama dalam tandas awam yang sudah lama (usang) dan kecil,” kata timbalan presidennya, Henry Hung Chi Kuen yang sudah 40 tahun berkecimpung dalam karier kejuruteraan paip.

Difahamkan, kajian mendapati Hong Kong tidak mempunyai tandas awam mencukupi untuk wanita. Hingga kini, hanya 48 tandas awam diubai suai dan ditambah baik.

“Kalau begini, ia akan mengambil masa 16 tahun untuk menambah baik semua tandas awam di bandar ini,” tambahnya yang berharap Hong Kong dapat menambah baik kemudahan semua tandas awam dalam masa lima tahun akan datang.

Baca juga  Penyakit Nomophobia Semakin Merebak

Macam mana lah kalau ia di aplikasikan di Malaysia. Huru hara jadinya!

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *