Cari...

Artis Gaya Hidup

Wanita Buat Tatto Di Mata, Akhirnya Buta Kekal

Kongsi

Seorang wanita yang bernama Caitlin Gallinger, model dari Kanada berusia 24 tahun ini menanggung derita apabila hampir buta kekal akibat melukis tatu di dalam mata. 

Idea yang betul-betul tidak masuk akal apabila dia ingin membuat tatto pada matanya. Tidakkah dia tak terfikir bahawa mata merupakan organ yang lembut dan mudah cedera?

Lihat gambar dibawah, matanya penuh dengan dakwat tatto sehinggakan matanya buta secara kekal. Kekesalan nampak di riak wajah beliau.

Menurutnya, matanya mula membengkak dan mengeluarkan cecair berwarna ungu akibat dakwat tatu yang berlebihan dan tidak dicairkan dengan baik menyebabkan ia bergentel di dalam mata.

Ini merupakan mata wanita itu sebelum dan selepas di tattoo. Matanya sangat cantik sebelum ini. Akibat tidak bersyukur dengan pemberian tuhan, akhirnya memakan diri.

“Tujuan aku berkongsi adalah sebagai peringatan kepada semua untuk buat kajian terlebih dahulu dan risiko yang bakal dialami” katanya. 

Caitlin Gallinger

Memetik Laporan American Journal of Ophthalmology, kesan jangka pendek prosedur ini boleh menyebabkan buta seumur hidup dan kerosakan kekal pada mata. 

Caitlin kini sedang menjalani rawatan matanya. Menyesal sekarang sudah tidak berguna. Hanya peringatan kepada yang diluar sana. Bersyukur dengan apa yang Tuhan jadikan. Jangan di ubah dengan sesuka hati, kerana ia boleh membawa kerosakkan pada diri sendiri. Petikan dari bm.cari.my.

Baca juga  Terdapat Lebih 10 Ribu Bakteria Dalam Beg Tangan Wanita
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *