Cari...

Berita Kesihatan

Wanita Bermain Biola Ketika Proses Pembedahan Otaknya

Kongsi

Seorang wanita bermain biola ketika pembedahan dijalankan ke atas otaknya. Sangat menarik bahawa ini adalah satu kaedah dimana pesakit perlu dalam keadaan tenang dan sedar.

Pemandangan seorang pesakit yang sedang dibelah otaknya sambil bermain biola! Ini bukanlah sesuatu yang mudah ditemui di dalam bilik pembedahan ya.

Pesakit yang dibedah bernama Dagmar Turner, merupakan penghidap ketumbuhan di otak selama bertahun-tahun semenjak 2013. Lantaran itu rawatan melalui pembedahan telah dilakukan beberapa hari yang lepas bertujuan membuang tisu berbahaya di dalam otak beliau yang terletak di kawasan otak yang mengawal pergerakan tangan kiri.   

Pemain biola yang bermain dengan Isle of Wight Symphony Orchestra ini bimbang sekiranya pembedahan otak ini boleh menjejaskan keupayaan motor yang banyak bergantung pada tangan kirinya mengawal tali instrumen dalam menghasilkan pitch yang berbeza. Menurut wanita pertengahan usia ini, kehilangan upaya bermain biola seperti kehilangan separuh dari semangatnya untuk hidup.

Beliau yang berusia 53 tahun telah mencadangkan kepada pihak hospital Kings College di London supaya beliau bermain biola sambil berbaring ketika pembedahan dijalankan. Sepanjang prosedur, Dagmar telah memainkan gubahan muzik oleh Gustav Mahler, George Gershwin dan Julio Iglesias.

Jenis pembedahan tersebut dinamakan “awake craniotomies” di mana pesakit masih dalam keadaan separa sedar ketika pakar bedah saraf melakukan pembedahan. Pakar bedah akan membuat pemerhatian ke atas tindak balas pesakit ketika mengusik saraf-saraf tertentu ketika menjalankan pembedahan seperti menjawab soalan, membuat pergerakan atau mengenalpasti imej. Melalui kaedah ini ahli bedah saraf boleh memetakan otak dan mengelakkan kawasan terjejas yang mengawal fungsi ini. Keupayaan otak pesakit akan terpelihara dari sebarang kecacatan selepas dibedah.

Jangan bimbang, sebenarnya Dagman telah diberi ubat bius ketika pembedahan dilakukan. Walaupun tengkorak beliau terkuak mengerikan, Dagman tidak langsung berasa sebarang kasakitan kerana saraf-saraf berhampiran otaknya telahpun dibius. 90 peratus tisu ketumbuhan telah berjaya dibuang.

Baca juga  Cara Untuk Kenalpasti Gula-Gula Himalaya Palsu

Bermain biola adalah hobi yang paling disukai Dagmar.

Selain kes Dagman, pernah berlaku beberapa pesakit beraksi ketika kepala mereka dibedah contohnya guru muzik bermain saksafon dan seorang akauntan menyelesaikan masalah matematik.  

Hebat bukan kepakaran manusia dalam perubatan moden?

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *