Cari...

Gaya Hidup

Wanita Berkahwin Dengan Kucing Setelah Hancurnya Hati

Kongsi
kucing

Ramai wanita mengalami kekecewaan dalam percintaan. Ianya merupakan suatu perkara yang normal. Semua orang pernah menghadapi situasi seperti itu. Yang penting, bagaimana cara kita hendak meneruskan kehidupan selepas kecewa dengan apa yang di alami. Lain bagi wanita ini, Barbarella Buchner nekad berkahwin dengan kucingnya setelah hatinya mengalami kekecewaan. Kini Barbarella bahagia setelah berkahwin dengan Spider dan Lugosi.

berkahwin
Foto: mirror.co.uk

Setelah mempunyai kekasih selama 7 tahun dan dikecewakan, Barbarella mengambil keputusan untuk tidak membuka hatinya untuk orang lain. Hatinya kini telah dimiliki oleh 2 ekor kucing kesayangannya dalam satu upacara kecil secara atas talian. Seterusnya menjadikan mereka pasangan suami dan isteri.

Majlis itu berlangsung dalam sebuah laman web ‘marryyourpet.com’ selepas membayar £20 (RM120) dan menekan butang ‘I Do’ dalam laman web itu. Dalam laman web tersebut juga diletakkan juga beberapa garis panduan kepada ‘bakal’ pengantin yang wajib dipatuhi. Antaranya adalah untuk tidak menganiaya haiwan kesayangan itu dalam apa jua cara. 

berkahwin
Foto: kknews.cc

Menurut Barbarella, seorang pereka laman web, kucingnya membantunya untuk kembali menjalani kehidupan normal setelah berpisah dengan kekasihnya. “Jika kucingnya mati, saya tidak akan mengahwini kucing yang lain.

 Kalau ada lelaki yang ingin mengetuk pintu hatinya, terus terang saya katakan yang saya telah berkahwin dengan kucing,” ujarnya. Walaupun ramai berpendapat yang Barbarella pelik, tetapi sebagai seorang yang hati kering, Barbarella langsung tidak mempedulikannya.

Dua ‘suaminya’ itu dipeliharanya sejak 12 tahun lalu selepas mengambilnya dari pusat perlindungan kucing di London.

Baca juga  Vaksin Kucing Anda Sebelum Anda Terkena Virus Lyssaviruses
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *