Cari...

Gaya Hidup Kesihatan

Vaksin Kucing Anda Sebelum Anda Terkena Virus Lyssaviruses

Kongsi

Virus ini boleh tersebar apabila haiwan yang terkena jangkitan ini menggigit atau mencakar haiwan lain atau manusia. Air liur yang terdapat dari haiwan yang dijangkiti juga merupakan ejen penyebar virus ini jika terkena pada mana-mana bahagian badan. 

Anjing merupakan haiwan yang paling banyak dijangkiti penyakit ini dengan 99% kes yang dilaporkan di seluruh dunia adalah berkaitan dengan gigitan anjing. Apabila manusia terkena gigitan haiwan yang dijangkiti penyakit ini, virus akan bergerak ke sistem saraf pusat dengan melalui di bahagian saraf biasa.

Foto: orangperak.com

Penyakit ini hanya boleh dikesan selepas simptom-simptom ini kelihatan.

Program vaksin dan kawalan haiwan mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit anjing gila di kebanyakkan kawasan di dunia. Bagi pesakit yang terkena jangkitan ini, vaksin anjing gila dan imunoglobulin sangat efektif dalam melawan virus ini jika pesakit tersebut menerima rawatan sebelum simptom penyakit ini bermula.

Membasuh di bahagian yang terkena gigitan haiwan yang dijangkiti penyakit ini selama 15 minit menggunakan sabun dan air, atau ejen detergen lain boleh mengurangkan risiko penyebaran virus dan mungkin juga sangat efektif dalam menghentikan pembawaan virus ini.

Setakat ini, hanya lima pesakit berjaya melepasi penyakit ini selepas simptom-simptom mula kelihatan, dan keputusan ini boleh dicapai jika pesakit menerima rawatan menyeluruh yang dikenali sebagai protokol Milwaukee.

Untuk rekod, penyakit anjing gila telah menyebabkan 17 400 kematian di seluruh dunia pada tahun 2015. Lebih dari 95% pesakit yang meninggal dunia adalah berasal dari kawasan Afrika dan Asia. Lebih kurang 40% kematian dilaporkan dari pesakit kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.

Setakat ini, penyakit anjing gila masih lagi terdapat pada lebih dari 150 buah negara di kesemua benua, tidak termasuk Antartika. Lebih dari 3 bilion manusia hidup di kawasan di mana penyakit ini wujud. Beberapa buah negara, termasuklah Australia dan Jepun, serta beberapa tempat di bahagian barat Eropah, tiada anjing yang direkodkan terkena jangkitan ini.

Baca juga  Seekor Ikan Keli Didapati Bersalah Kerana Membunuh Seekor Kucing

Sumber: wikipedia.com

12 PETANDA KUCING ANDA DISERANG PENYAKIT ANJING GILA

vaksin
Foto: maniakucing.com

Penyakit anjing gila (rabies) menyerang kucing dipanggil feline rabies. Ia merupakan serangan terhadap sistem saraf kucing (central nervous system). Penyakit ini amat merbahaya dan begitu sukar untuk dirawat. 

Rabies disebabkan oleh sejenis disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil rhabdovirus.Penyakit jarang menyerang kucing tetapi ia boleh membawa maut. Ianya juga mampu mengakibatkan beberapa penyakit lain seperti jangkitan pada saluran kencing, pernafasan dan juga buah pinggang.Feline rabies berlaku pada tiga tahap iaitu prodromalfurious dan paralytic.

Suntikan vaksin awal (sebelum terkena) dapat mencegah kucing anda dijangkiti, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Penyakit ini berjangkit daripada gigitan oleh haiwan lain yang sudah dijangkiti penyakit rabies. Berwaspada jika kucing anda digigit oleh haiwan lain kerana kesan daripada penyakit rabies ini tidak kelihatan serta-merta. Ianya mengambil masa dua hingga lima minggu bagi penyakit ini untuk merebak ke seluruh tubuh dan menunjukkan sebarang petanda. Perhatikan jika kucing menunjukkan sebarang petanda seperti di bawah ini kerana kucing anda mungkin telah dijangkiti feline rabies.

12  Petanda Feline Rabies:

1.Hilang koordinasi (poor coordination)

Hilang koordinasi dan gagal mengawal keseimbangan badan merupakan petanda awal rabies. Jika anda dapati kucing anda kerap melanggar kepalanya kepada apa sahaja benda yang ada di depannya, waspadalah.

2.Meraung (yowling)

Biasanya kucing akan meraung pada tahap jangkitan yang awal. Suaranya juga akan berbeza daripada biasa.3.   Sakit mata (conjunctivitis)Bengkak pada selaput mata (eye membranes) di mana mata menjadi merah dan bengkak.

4. Air liur meleleh (drooling)

Air liur akan keluar secara berlebihan dan ini boleh dilihat daripada air liur yang asyik meleleh keluar.

Baca juga  Hanya Dengan Senyum, Dapat Hilangkan Stress

5.Mudah marah (abnormal irritability)

Kucing menjadi mudah marah dan tidak suka akan sebarang belaian. Ini biasa berlaku pada tahap berlaku kedua jangkitan iaitu tahap furious. Kucing akan sering menggigit dan mencakar. Ia juga selalu melanggar apa sahaja benda yang berdekatan dengannya.

6.Berperangai ganjil

Kucing melakukan perkara yang pelik-pelik seperti melawan sesuatu yang tidak nampak, makan batu dan pelbagai perkara pelik yang lain.

7.Demam

Kucing mungkin mendapat demam – bawa ke doktor dengan segera walaupun jika kucing anda tidak menghidap feline rabies kerana demam yang tinggi amat merbahaya bagi kucing.

8.Muntah

Kucing mungkin akan sering muntah walaupun penyebabnya bukan hanya daripada feline rabies.

9.Tiada selera makan

Awas jika kucing anda tidak mahu menyentuh makanannya walau sedikit pun. Ini mungkin kerana kucing anda benar-benar tiada selera makan ataupun otot-otot di mukanya sudah separuh lumpuh – ini petanda feline rabies yang sudah berada pada tahap akhir!

10.Penurunan berat badan

Berat badan akan turun seiringan dengan hilangnya selera makan.

11.Masalah pernafasan

Kucing akan mengalami kesukaran bernafas akibat oleh otot-otot muka yang lumpuh. Bagi keadaan yang serius, kucing tidak akan dapat bernafas langsung dan seterusnya mati.

12.Kemurungan

Ini adalah petanda jika kucing sudah berada pada tahap akhir iaitu tahapparalytic stage. Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkannya.

Tanda jika kucing sudah berada pada tahap akhir iaitu tahapparalytic stage. Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkannya.

Sumber: https://bina-rumah-kucing.blogspot.com

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *