Cari...

Kesihatan

Vaksin Diri Anda Setiap Tahun Sebagai Langkah Pencegahan Virus Influenza

Kongsi
vaksin influenza

Vaksin Virus Influenza boleh didapati di mana-mana hospital yang berhampiran dengan kawasan kediaman anda. Anda dinasihatkan supaya mengambil vaksin influenza ini setiap tahun bagi langkah pencegahan. Akibat daripada penyebaran virus influenza ini, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga supaya keluarga kita dalam keadaan selamat dari sebarang malapetaka yang menimpa.

Bencana penyakit seperti ini harus diambil berat dan terutamanya ibu bapa harus mengawal anak-anak dari bermain atau keluar menghampiri orang yang menghidap penyakit influenza ini. Memetik dari laman siakapkeli.my, Influenza merupakan satu jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru-paru.

Kita semua tahu, penyakit virus influenza ini boleh membawa kepada kesan buruk kepada seseorang. Namun, sesetengah masyarakat masih memandang remeh tentang isu ini. Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan satu infografik berkaitan pentingnya pengambilan vaksin influenza pada setiap tahun.

Apa itu influenza?

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Kenapa perlu mengambil virus influenza ini setiap tahun?

Virus influenza ini mampu dan sentiasa bermutasi, maka virus influenza dalam vaksin influenza berubah setiap tahun. Oleh itu, apabila virus ini sentiasa berubah dan menjadi lebih kuat, pihak kementerian kesihatan sememangnya mencari jalan untuk mencipta vaksin yang mampu melawan virus influenza ini.

Apakah gejala influenza?

Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi :

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak) 
Baca juga  Biji Kolestrol Dan Langkah Pencegahan Dimuka

Kerap kali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik.

Bagaimana cara ia merebak?

Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Siapakah yang berisiko tinggi terhadap virus ini?

  • Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
  • Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
  • Individu obes
  • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi, dan lain-lain.)  

Apakah rawatan khusus bagi virus influenza?

Secara amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenza, dimana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *