Cari...

Hubungan

Untuk Renungan Kita Bersama

Kongsi
Aku hairan melihat manusia suka menipu. Dia suka tipu untuk kepentingan dirinya sendiri. Adakah perjalanan seorang penipu ini berjaya? Tidak sama sekali. Sekali kau tipu, semua orang takkan percaya kepada anda. Sekali anda menipu, anda akan terjerat dengan hidup penuh dengan tipu helah. Kaya kah anda? Berjaya kah anda dengan menipu? Setiap perjalanan pasti ada ujian. Setiap perjalanan bisnes, mesti ada risiko. Sanggupkah anda menghadapi risiko tersebut? Sanggupkah? Risikonya, ya memang kita akan dihadapi ujian dalam berbisnes. Kadang-kadang apa yang kita buat, menjadi. Kadang kala, ada masa kita jatuh. Tersungkur. Bangkitlah. Bukan nak menyalah sesiapa. Semua orang pasti berbuat salah. Tiada orang yang sentiasa betul. Yang penting, kerjasama. Yang penting SILATURAHIM antara kita manusia. Yes! Silaturahim itu penting kerana, jika anda menjaga silaturahim, anda tidak akan ingin menipu. Kerana, orang ditipu adalah saudara engkau sendiri. Ya! Saudara engkau. Engkau ada kaitan dengan aku. Aku ada kaitan dengan engkau. Kenapa? Sebab kita semua datangnya dari Allah S. W. T. Lalu menjadikan Adam merupakan manusia pertama di dunia. Manakala, Hawa dicipta dari tulang rusuk yang paling bengkok, sebab itulah si Hawa suka jalan bengkok. Tidak lurus. Namun, berlainan dengan Adam. ADAM ADA AKALNYA. INFOMARSINYA. INTELEKTUALNYA. SEMUA ALLAH BAGI DALAM SATU MASA. JIKA TIDAK, BAGAIMANA IA BOLEH “SURVIVE” semasa mencari Hawa di dunia. Lalu, mereka bertemu pertama kalinyadi Jabal Rahmah, satu bukit berbatu setinggi 70 meter dan memiliki hampir 170 anak tangga adalah lokasi yang sering dilawati jemaah haji jika melawat Arafah, Mina dan Muzdalifah. Bukit berkenaan yang dikaitkan dengan pertemuan Nabi Adam dan Hawa ketika diturunkan ke bumi sejak berpisah ratusan tahun.
Baca juga  Ketahui Kelebihan Berkahwin Dengan Wanita "Ulat Buku"
Di atas bukit batu granit itu juga didirikan satu tugu batu setinggi lapan meter dan selebar 1.8 meter bagi mengingati peristiwa kasih sayang itu. Berikutan itu juga, ramai pengunjung yang datang berdoa agar ditemukan jodoh atau bagi yang sudah berkahwin pula agar cinta mereka seteguh cinta Adam dan Hawa. Dari atas bukit juga akan jelas kelihatan khemah Arafah yang dibina untuk berwukuf selain pemandangan bukit tandus di sekitarnya. Jabal Rahmah termasuk dalam kawasan wukuf di Padang Arafah dan sudah pasti pada tarikh 9 Zulhijjah, ia menjadi antara kawasan yang doanya dimakbulkan Allah. Untuk renungan bersama, kita semua adalah BERSAUDARA!! INI KELUARGA KITA. INI BUMI KITA. DAN.. PADA MASA YANG SAMA… MENGAPAKAH MANUSIA DICIPTAKAN? Sedangkan Allah tahu isi hati masing2. Si MALAIKAT IBLIS DI DALAM HATINYA INGIN MENJADI TUHAN. Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Maka, Allah ciptakan manusia untuknya didalam hati manusia apakah yang di ingininya. Sedangkan yang memakbulkan permintaan nya sebenarnya Allah. Si Malaikat Iblis adalah orang tengah macam si penipu. Iblis hanyalah godaan semata-mata untuk menyesatkan manusia kerana dia ada kalimat “Akulah yang Terbaik”. Jadi, kepada anda yang membaca, baliklah.. Pulang ke pangkal jalan. Sesungguhnya, Allah menerima taubat hamba-hambanya. Bertaubatlah sebelum matahari terbit di sebelah barat. INSYALLAH anda selamat.
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *