Cari...

Hubungan

Untuk Para Isteri. Cara Sesuai Pujuk Suami Yang Sedang Merajuk

Kongsi

Antara suami atau isteri, selalunya yang sukakan perhatian ialah isteri. Jarang sekali suami merajuk dan meminta perhatian dari isteri. Namun anda perlu tahu, suami juga manusia biasa dan kadang kala ada masanya dia perlukan perhatian dari isteri. Layani mereka sebaiknya dan jaga hati mereka.

Jangan anda fikir isteri sahaja yang perlu diberikan perhatian yang lebih tetapi suami juga berhak diberi perhatian yang sama rata. Si suami tidak semestinya perlu dibelai atau dimanja, akan tetapi percakapan atau buah fikiran mereka perlu di ambil berat.

Di sini ada cara sesuai pujuk suami yang sedang merajuk petikan dari laman wanista.com.

Perhatikan Perubahan Emosi Si Suami

Kalau sudah sepinggan, sebantal dan sebilik pasti lama-kelamaan anda sudah masak dengan tabiat si suami. Cuba lihat dan perhatikan jika terdapat sebarang perubahan kelakuan si suami ketika pulang dari tempat kerja atau secara tiba-tiba. Jangan anggap perubahan ini suatu yang lekeh atau biasa, kita tidak tahu ia boleh mempengaruhi emosi mental dan kesihatan.

Beri Ruang Untuknya

Jangan terburu-buru untuk memujuk atau mengajak si suami menceritakan perkara sebenar. Namun, bagilah dia ruang untuk bersendirian untuk beberapa ketika. Sebaiknya beri sahaja layanan seperti biasa dan cuba bersabar. Setelah reda sikit barulah anda mulakan langkah seterusnya.

Mula Berbicara

Apabila keadaan sudah tenang sedikit, mulakan perbualaan yang menunjukkan anda simpati dan risau padanya. Cara ini sedikit sebanyak memberi pasangan selesa untuk berkongsi. Saat suami anda meluahkan, jadilah pendengar yang baik dan anda jangan sesekali untuk mencelah. Cukup hanya mendengar. Sebaiknya, jangan membantah setiap pendapatnya. Setelah itu, baru anda boleh mengkaji jalan penyelesaian yang patut anda buat.

Baca juga  Wanita Ini Berkahwin 3 Orang Lelaki Sekaligus

Jangan Ambil Hati

Anda seharusnya jangan mudah terasa hati dengan apa yang berlaku. Setiap perkara mesti ada seseorang untuk mengalah. Jika tidak, ia takkan selesai sampai bila-bila. Memang perit juga bila suami buat perangai seolahnya kita buat salah. Tapi cuba ingat saat kita merajuk, suami juga merasa perkara yang sama.

Beri Sentuhan Mesra

Tawarkan si suami dengan urutan mesra, sediakan makanan kegemaran atau lebih senang anda duduk diam sahaja sebelah suami. Hormati masa ‘sunyi’ pasangan, lebih baik beri ruang pada si suami. Setiap sentuhan isteri mampu melegakan rasa kusut dalam fikiran suami. Malah, mood si suami boleh berubah dengan cepat.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *