Cari...

Kesihatan

Tumbuhan Lain Yang Mampu Merawat Luka Selain Gamat

Kongsi
merawat luka

Merawat luka memang menjadi satu masalah besar kalau tiada ilmu pengetahuan tentang rawatan kecil. Setiap tindakan yang kita ambil akan menjadi implikasi terhadap apa yang kita lakukan. Jadi, kita harus berhati-hati dalam merawat luka.

Tubuh badan mempunyai sistem pemulihannya tersendiri, namun, bahan tambahan seperti tumbuhan mampu mempercepatkan lagi proses pemulihan tersebut. Oleh itu, kita harus tahu ilmu dari sudut sains.

Terkena pisau dan terluka sememangnya sudah menjadi lumrah kepada semua wanita yang suka memasak. Apa yang paling mujarab untuk merawat luka adalah dengan menggunakan minyak gamat.

Minyak gamat sememangnya sangat membantu dalam merawat dan memulihkan luka. Ada sesetengah kes terhiris pisau lukanya sangat dalam, tetapi tidaklah sampai memerlukan jahitan atau ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya luka boleh dirawat menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk memastikan sesi memasak dapat diteruskan tanpa rasa kurang selesa.

Lidah buaya

Penulis pasti kebanyakan keluarga ada menanam lidah buaya di rumah. Selain baik untuk ekosistem di rumah kerana mampu menyaring kimia berbahaya dalam udara seperti benzena dan formaldehid, tumbuhan berlendir ini juga berfungsi sebagai bahan antiseptik, sekali gus menjadikan ia tumbuhan pilihan menghiasi laman rumah.

Tidak cukup dengan itu lidah buaya yang juga dikenali sebagai aloe vera memiliki 200 bahan aktif seperti vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang membuat tumbuhan itu sering diguna bagi menghasilkan produk kosmetik, minuman, makanan, cucian dan produk penjagaan rambut serta kulit.

Apa yang paling penting, daun lidah buaya juga boleh dijadikan ubat tatkala kecemasan seperti luka kecil terkena hirisan pisau atau minyak panas.

Caranya, belah lidah buaya lalu ambil isinya dan bersihkan hingga getah berlendirnya hilang. Kemudian sapukan lidah buaya ke bahagian luka dan gunakan secara teratur hingga luka kering dan parut beransur hilang.

Baca juga  Vaksin Kucing Anda Sebelum Anda Terkena Virus Lyssaviruses

Madu

Satu lagi bahan makanan yang mempunyai 1,001 manfaat ialah madu. Madu juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka terkena pisau. Sapukan pada bahagian sama ada jari atau tangan yang terdapat luka. Kemudian biarkan selama 12 jam hingga madu betul-betul kering dan terasa meresap di kulit.

Selepas itu, bahagian yang disapu madu tadi dibersihkan dengan air yang mengalir. Teruskan menggunakannya walau luka sudah kering kerana ia berupaya memudarkan bekas luka itu.

Halia

Halia merah atau putih dapat menyembuhkan luka ringan. Ambil halia sebesar ibu jari lalu parut menjadi halus dan lumurkan pada bahagian yang luka tadi sebelum dibalut dengan kain kasa untuk mengelakkan halia tertanggal. Tapi sebelum melumurkannya pastikan bahagian luka dibersihkan terlebih dulu sehingga kering supaya kulit dalam keadaan kering.

Serbuk kopi

Serbuk kopi yang dicampur dengan air biasa dan dikacau menjadi pes boleh disapu ke atas luka. Biarkan hingga kopi mengering, kemudian bilas dengan air bersih. Anda juga boleh menabur serbuk kopi tanpa dicampur air. Serbuk kopi dipercayai dapat menghentikan pendarahan kecil akibat terhiris pisau.

Teh hijau

Teh hijau biasanya dikaitkan sebagai bahan yang dapat membantu menurunkan berat badan, namun teh hijau juga dapat dimanfaatkan untuk menyembuhkan dan menghilangkan bekas luka.

Cara menggunakannya, ambil kapas dan kemudian celup ke dalam teh hijau yang sudah diparut terlebih dahulu. Sapukan luka dengan kapas itu rata-rata sambal ditekan perlahan.

Bawang putih

Bawang putih mengandungi bahan antioksida yang berperanan menyembuhkan luka kecil akibat terkena pisau. Untuk mendapatkan manfaat antioksidanya, bawang putih harus terlebih dahulu dicincang halus atau ditumbuk. Boleh juga membelah bawang putih kepada dua bahagian, lalu disapukan pada bahagian yang luka tadi.

Baca juga  Tanaman Ubat Herba, Untuk Penghias Rumah Juga Sebagai Ubat

Kesimpulannya disini, walaupun kita sebagai suri rumah, kita patut tahu bahan apa yang boleh menyembuhkan luka ahli keluarga kita. Itulah hebatnya pekerjaan surirumah, dia boleh menjadi doktor, cikgu, dan sebagai ibu yang menyayangi keluarga bahagia.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *