Cari...

Gaya Hidup

Tumbuh Gigi Bongsu Sangat Menyakitkan Sampai Boleh Demam

Kongsi

Tumbuh Gigi Bongsu Sangat Menyakitkan! Mereka yang pernah tumbuh gigi bongsu pada bahagian geraham pasti amat merasakan kesakitan yang melampau, sehingga boleh hilang selera makan dan boleh demam. Proses pembentukan gigi bongsu terjadi seawal usia 12 sehingga 25 tahun dan juga dikenali sebagai wisdom teeth.

Rasa sakit apabila gigi geraham bongsu yang baru tumbuh tidak dapat digambarkan, malah boleh menyebabkan tidak senang duduk. Kadangkala boleh demam, bengkak pada pipi sehingga tidak boleh membuka mulut langsung dan menyebabkan sukar bercakap atau hendak mengunyah makanan.

Kalau boleh ketika itu juga mahu berjumpa doktor supaya gigi berkenaan dicabut bagi menghilangkan kesakitan yang ditanggung.R amai tertanya-tanya apakah gigi geraham terimpak (menimbulkan masalah) ini perlu dibiarkan atau dicabut kerana selain tiada fungsi, ia sukar dijaga kerana kedudukannya jauh ke belakang.

Pakar Klinikal dan Pensyarah Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, Fakulti Pergigian Universiti Teknologi MARA, Dr Mohd Shawal Firdaus Mohamad, berkata ketika sakit, gigi tidak boleh dicabut.

Tumbuh Gigi Bongsu Sangat Menyakitkan

Tumbuh Gigi Bongsu Sangat Menyakitkan

Sebenarnya, tidak semua orang menyedari kewujudan gigi bongsu ini kerana hanya beberapa orang yang berasa sakit sewaktu gigi ini muncul. Gangguan kemunculan gigi sebenarnya boleh terjadi juga pada gigi-gigi lain, namun paling kerap berlaku pada gigi bongsu. 

Tumbuh Gigi Bongsu Sangat Menyakitkan
Foto: era.je

Gigi senget perlu dicabut

Gigi geraham bongsu yang terimpak atau tumbuh secara senget, kemungkinan perlu dibuang kerana boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti, gigi berlubang, keradangan gusi dan jangkitan kuman kerana sisa makanan mudah tersumbat di celah gigi berkenaan.

Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan berulang yang boleh membawa maut sekiranya jangkitan dibiarkan tanpa rawatan.

Jangkitan paling teruk seperti Ludwig angina iaitu bengkak dan jangkitan merebak pada leher seterusnya mengganggu saluran pernafasan dan boleh menyebabkan maut.

Baca juga  Ketahui Sifat Wanita Yang Menyukai Warna Biru

Katanya gigi geraham yang tumbuh pada sekitar usia 18 sehingga 25 tahun biasanya tumbuh secara menegak tetapi ada yang tumbuh secara senget akibat faktor persekitaran dan genetik.

Sebagai contoh, anak berkemungkinan mewarisi gigi besar dan rahang kecil sekiranya ibunya mempunyai gigi besar manakala ayah pula mempunyai rahang kecil.

Keadaan rahang dan gigi yang diwarisi ini menyebabkan gigi geraham bongsu tidak boleh tumbuh dengan sempurna.

Jika gigi bongsu tumbuh secara normal dalam rongga mulut tanpa halangan oleh gigi lain, ia tidak menimbulkan rasa sakit sama sekali. Namun, jika gigi tumbuh dengan kurang sempurna kerana tiada ruang mencukupi untuk gigi bongsu, ia akan menyebabkan rasa kurang selesa dan sakit semasa kemunculannya.

Cara untuk Sembuhkan gigi sakit

Sakit gigi memang perkara yang paling tidak meyenangkan. Malah rasa sakitnya yang teramat sehingga menuju ke otak membuatkan kita langsung tidak dapat mampu berbuat apa-apa. Kadang kala menyembuhkannya dengan ubat tahan sakit tidak mampu melegakan sakit gigi.

Selain itu, sakit gigi juga mengganggu waktu makan sehingga hilangnya selera makan. Lagi-lagi jika waktu tidur juga terganggu akibat sakit gigi. Maka, banyak aktiviti anda terbatas akibat penangan sakit gigi ini.

Sumber: era.je, bharian

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *