Cari...

Kesihatan

Tips Pulihkan Tekanan Darah Tanpa Pengambilan Ubat

Kongsi

Darah tinggi adalah salah satu penyakit yang mampu membunuh si pengidapnya, jika anda sudah terkena penyakit ini, untuk mengawal tekanan darah bukanlah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi anda seorang yang sangat sukar untuk mengawal makan.

Tekanan darah rendah boleh menganggu aktiviti seharian seseorang. Biasanya simptom yang boleh dikenalpasti ialah mudah letih, lesu, terasa pitam dan pening kepala. Simpton yang lebih kritikal pernafasan serta degupan jantung lebih laju, denyutan nadi lemah dan membawa kepada kesan strok, serangan jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Foto: Helosehat.com

Pengambilan ubat hospital dengan terlalu kerap bukanlah perkara yang bagus, jika terlalu kerap, ianya juga mampu menganggu sistem dalam badan, Jadi bagaimana untuk anda mengawal tekanan darah tinggi tanpa pengambila ubat hospital?

Tambah garam

Bagi penghidap tekanan darah rendah anda diberi peluang untuk lebihkan garam dalam diet makan. Namun anda dinasihatkan mengambil dengan kadar yang sederhana supaya boleh membantu meningkatkan tekanan darah. 

Silang kaki ketika duduk

Kajian mendapati duduk dengan bersilang kaki dapat meningkatkan kadar tekanan darah dimana bagus untuk tekanan rendah. Walau bagaimanapun ia boleh beri kesan mudarat pada postur badan, jadi anda harus bijak untuk sentiasa mengubah posisi dan tidak terlalu lama melakukannya.

Minum air

Air bukan sahaja baik untuk hidrasi tetapi juga membekalkan pelancaran aliran darah. Malah memperbanyakkan lagi sel darah merah. Maka, pengambilan air yang banyak mampu untuk memulihkan tekanan darah secara semula jadi.

Makan dengan kerap tapi sedikit

Ubah jadual dan kuantiti pemakanan anda. Cara yang paling baik ialah dengan pengambilan kuantiti yang sedikit tapi makan dengan kerap. Ini adalah untuk mengelak berlakunya penurunan darah secara mendadak. Perut dapat memproses makanan yang sedikit dengan senang dan berterusan.

Baca juga  Engkabang Merupakan Mentega Untuk Cicah Nasi Di Sarawak

Tukar posisi perlahan

Berdiri atau duduk secara tiba-tiba mengundang kepada perubahan aliran darah dan memberi rasa lesu dan pening kepala. Ini kerana jantung tidak dapat mengepam darah dengan cepat ketika posisi berubah. 

Anda juga boleh mengamalkan diet yang sihat dengan mengurangkan pengambilan garam dalam makanan, jika anda mampu berpuasa, ianya juga salah satu kaedah selamat bagi mengawal pelbagai jenis penyakit. Sekian petikan dari Wanista.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *