Cari...

Gaya Hidup Info Menarik

Tips Berguna Pada Mereka Ada Masalah Bintik Putih Di Dagu

Kongsi

Whiteheads adalah satu benda yang paling orang benci selain jerawat dan blackheads. Ia merupakan sejenis jerawat putih yang dipanggil ‘comedonal’. Jerawat jenis ini adalah jenis jerawat yang sangat susah untuk dihilangkan kerana jerawat ini tidak mempunyai mata seperti jerawat yang lainnya. Apa yang lebih teruk, jika jerawat ini tidak dikeluarkan, ia akan kekal dipermukaan kulit muka anda.

Bagi mengeluarkan isi putih jerawat tersebut, anda hendaklah melubangkan sedikit kulit dengan mengunakan jarum kecil bagi mencungkil bahagian kulit bagi mengeluarkan jerawat degil itu.

Anda perlu mengunakan sedikit kekuatan bagi mengeluarkan jerawat putih keluar dari permukaan kulit anda dengan cara memicit bahagian jerawat itu dengan sekuat hati, ini kerana ia berada jauh ke dalam rongga kulit. Memetik dari pelbagai sumber internet, kami kongsikan beberapa cara bagi menghilangkan jerawat putih itu dari kulit anda buat selama-lamanya.

1. Sentiasa skrup

kawaiibeautyjapan.com

Memang tidak bagus melakukan skrup pada muka setiap hari, ia mungkin boleh mengakibatkan muka anda menjadi semakin berminyak dan pada masa yang sama, kulit aka menjadi kulit kering dan menipis. Sekiranya anda ingin memiliki kulit muka yang bersih dan mulus secara semulajadi, anda boleh amalkan skrup buatan sediri seperti mengunakan mentega yang dicampur dengan gula bagi memberi tekstur lembut bila digosok pada bahagian kulit.

2. Cuci solekan sebersihnya

Travel.tribunnews.com

Sebaiknya anda mengunakan pembersih solekan yang jenis berminyak bagi membersihkan sisa solekan pada wajah. Sekiranya anda mengunakan pembersih solekan dari jenis berminyak, ia berfungsi hebat bagi menanggalkan segala kekotoran di muka terutamanya yang mengunakan foundation dan maskara yang kalis air.

Cara mudah bagi mengunakan pencuci solekan dari jenis minyak dengan membasahkan sedikit kapas ke dalam air bersih, kemudian titiskan beberapa titisan pembersih solekan dengan mengosokan secara perlahan pada permukaan kulit muka sehingga bersih.

Baca juga  Fesyen Muslimah Yang Mampu Menarik Perhatian Jejaka

3. Jangan sesekali picit jerawat

sinar.my

Sekiranya anda tidak mahu kulit anda mempunyai parut dari kesan jerawat, sebaik-baiknya jangan memicit jerawat yang ada pada bahagian dagu. Sebagaimana yang dijelaskan pada mula tadi, jerawat putih ini langsung tidak mempunyai mata seperti jerawat yang biasa. Jika anda tidak mahu muka anda rosak, jangan sesekali melakukan hal-hal sebegitu.

4. Amalkan pakai pelembab

lifestyle.kompas.com

Sekiranya takut jerawat akan tumbuh lagi, anda boleh amalkan pemakaian pelembab wajah setiap hari. Ini kerana, pelembab wajah berfungsi sebagai menyeimbangkan kulit serta menghalang terjadinya minyak wajah secara berlebihan. Jika kulit muka kurang berminyak, jerawat juga tidak akan menghampiri.

5. Buat rawatan muka

hmetro.com.my

Anda boleh mendapatkan rawatan muka di spa ataupun di klinik-klinik kecantikan yang turut mengunakan peralatan yang disahkan serta selamat bagi menghilangkan blackheads dan juga whiteheads. Sekiranya anda takut memicit jerawat sendiri di rumah dan takut dijangkiti jangkitan kuman yang oleh membuat radangan pada permukaan kulit yang boleh mengundang banyak jerawat yang akan tumbuh di kawasan terbabit.

Untuk pengetahuan anda, jari dan tangan kita tanpa disangka-sanga banyak kuman-kuman yang tinggal dan menjadikan kawasan jari kita sebagai tempat tinggal mereka. Sebaiknya anda serahkan kerja membersihkan muka yang berjerawat dan seiring dengannya dilakukan oleh pakar kulit bagi menyelamatkan kulit anda dari menjadi semakin teruk.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *