Warning: Declaration of W3TC\DbCache_Wpdb::prepare($query, $args) should be compatible with wpdb::prepare($query, ...$args) in /srv/users/serverpilot/apps/ceritamenarik/public/wp-content/plugins/w3-total-cache/DbCache_Wpdb.php on line 8
Tikus Dijadikan Makanan Utama Di Vietnam - Cerita Menarik

Cari...

Culture Kulinari

Tikus Dijadikan Makanan Utama Di Vietnam

Kongsi

Tikus hidangan utama? Tikus merupakan haiwan perosak sama seperti lipas. Tapi tikus ada banyak isi berbanding lipas. Orang vietnam menjadikan tikus sebagai hidangan utama mereka mungkin kerana terlalu banyak tikus di negara itu. Namun, apa yang menariknya, tikus yang dipanggang nampak macam sedap!

Dari laman makanlena.com, daging tikus yang dianggap menjijikkan di beberapa negara Asia, menjadi santapan kegemaran bagi warga Vietnam. Bahkan, tikus panggang menjadi sajian utama di sebuah restoran di Phuong Da, Hanoi. Tapi di negara kita, tikus harus di usir.

tikus hidangan utama
Foto: makanlena.com

Tikus Hidangan Utama

Menurut warga setempat, daging tikus sudah menjadi santapan lazat sejak sekian lama. Dengar sahaja memang tidak menyelerakan bagi kita yang tidak dididik untuk makan daripada sumber seperti binatang tersebut.

Dalam kalangan petani terutama di utara dan selatan Vietnam, tikus adalah sumber protein yang popular dan menjadi pendapatan sampingan mereka. Malah, tikus dihidangkan di beberapa restoran di kawasan bandar seperti Ho Chi Minh.

Malah di Mekong, harga daging tikus lebih tinggi daripada harga ayam. Di Mekong sahaja menghasilkan sehingga 3,600 tan tikus setahun iaitu pada nilai kira-kira 2 juta dolar.Sumber: National Geographic

tikus hidangan utama
Foto: makanlena.com

Pelbagai spesis tikus dalam dunia ini dan kebanyakan tikus yang menjadi santapan warga Vietnam ada dua iaitu tikus sawah; berat seekor tikus setengah paun dan tikus bandicoot.

Mereka yang memakan tikus ini, dibasuh dengan bir atau wain beras terlebih dahulu sebelum dimasak. Kemudian, mereka akan memasak tikus sama ada goreng, panggang, kukus atau rebus. Tikus kukus dikatakan mempunyai rasa yang lebih kuat dan tikus besar lebih mudah dimakan berbanding tikus kecil.Sumber: Youtube

Mereka yang pertama kali mencuba daging tikus sering mengatakan rasanya seperti ayam tetapi dagingnya lebih gelap dan berbau. Ada juga yang kata rasa daging tikus sama seperti daging arnab.

Baca juga  Pencemaran Udara Membawa Kemudaratan Jika Tidak Di Kawal

Daging tikus dikatakan lebih berkhasiat terutama bagi wanita hamil kerana tinggi protein dan kurang lemak. Mereka juga percaya dengan memakan tikus, merupakan rahsia kulit cantik dan awet muda.

tikus hidangan utama
Foto: pintrest.com

Mereka juga sedia maklum, mamalia ini membawa lebih daripada 60 penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Ia disebabkan tikus dibunuh dengan racun perosak terutama di kawasan sawah.

Keraguan terkena racun tikus menyebabkan mereka memilih membeli tikus hidup di pasar kerana boleh menentukan sendiri. Mereka juga akan teliti ketika memasak daging tikus untuk mengelakkan dijangkiti penyakit.

Jadi, pilih lah tikus yang sihat-sihat untuk dimakan, dan jangan lupa untuk panggang bbq tikus untuk saudara mara yang lain!

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *