Cari...

Gaya Hidup Kesihatan Tips Menarik

Tidur Dengan Lampu Terbuka Punca Badan Anda Jadi Gemuk

Kongsi

Tidur dengan lampu boleh menyebabkan anda gemuk? Tidur adalah satu keperluan, jika tidak tidur satu hari pun badan anda akan rasa penat dan lesu. Apatah lagi jika sudah berhari-hari tidak tidur. Jika mahukan tidur yang berkualiti selalunya kita akan tidur dalam keadaan lampu tidur terpadam.

Salah satu faktor untuk mendapatkan tidur yang berkualiti adalah tidur dalam keadaan yang gelap. Sekiranya terlalu terdedah kepada cahaya semasa tidur merupakan satu amalan yang tidak sihat.

Umumnya menurut sains, semakin malam dan semakin gelap keadaan di keliling, tubuh kita akan mudah merasa letih dan mengantuk. Ini kerana, semakin meningkat waktu malam , hormon yang dipanggil Melatonin akan terhasil dari kelenjar pineal.

Hormon Melatonin berfungsi membantu memberi reaksi positif bagi tubuh kita bersedia untuk berehat. Hormon ini juga berfungsi menguatkan daya tahan sistem imunisasi seseorang. 

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, satu kajian di Amerika Syarikat mendapati, individu yang tidur dengan lampu terbuka atau komputer / tv terpasang dikaitkan dengan 

tidur
Foto: gudangkesehatan.com
  • a. peningkatan 5kg berat badan atau lebih
  • b. peningkatan risiko 10% BM
  • c. risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

Joan Roberts, seorang pengamal biologi telah menjalankan satu kajian terhadap haiwan mengenai tidur di tempat gelap. Haiwan uji kaji tersebut dibiarkan tidur dalam keadaan lampu terpasang pada waktu malam dan kadar hormon melantoninnya dicatat. Hasil keputusan yang diperolehi menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi ‘body clock’ yang mengawal masa tidur – sedar manusia.

Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan, pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif masih merupakan punca utama obesiti. Jadi sebelum kita membuat keputusan untuk tidur dalam keadaan lampu menyala atau terpasang, ingatlah bahawasanya:

Baca juga  Inhaler Ganja Mampu Memulihkan Kanser Paru-paru Dan Asma

1. Hormon melatonin boleh bekerja dengan baik dalam keadaan gelap untuk mengawal kesihatan dan mencegah penyakit kronik seperti kanser.

2. Keadaan gelap memberi lebih peluang kepada kita untuk tidur nyenyak dan tenang. 

3. Sel-sel tubuh kita yang rosak lebih cepat dibaiki oleh tubuh dalam keadaan gelap.

4. Keadaan gelap memberi lebih peluang untuk hilang berat badan dengan lebih mudah

Ianya terpulang kepada anda, jika anda rasa takut untuk gemuk, anda boleh mula menutup lampu sebelum tidur. Jika anda rasa kurang selamat ketika dalam keadaan gelap, anda boleh saja buka lampu dan tidur seperti biasa. Sekian petikan dari Public Health Malaysia

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *