Cari...

Gaya Hidup Kecantikkan

Tidur Awal Sebelum Jam 11 Mampu Merawat Kulit Supaya Lebih Cantik

Kongsi

Wanita cantik biasanya tidur awal sekurang-kurangnya sebelum pukul 11 malam. Hal ini kerana mereka ingin menjaga kecantikkan kulit supaya kulit nampak sihat dan bermaya.

Jika anda mempunyai masa tidur selepas jam 11 malam, besar kemungkinan anda harus menukar tabiat tersebut secepat mungkin.

Menurut seorang pakar kulit, Geoff Wright beliau berkata, badan manusia mempunyai ‘jam biologi’ dimana kulit akan melembap dengan semula jadi bermula jam 8 malam hingga 11 malam setiap hari. Manakala jam 11 malam hingga 3 pagi pula adalah disetkan kepada waktu penjanaan semula sel-sel kulit dan penutrisian.

tidur awal
viva.co.id

Ketika jam 11 malam hingga 3 pagi ini, proses penukar gantian sel-sel kulit terjadi dan ia terjadi hanya ketika tubuh badan sedang berehat atau tidur. Jika tidak, proses penukar gantian ini terjadi dengan sedikit dan tidak optimum, malah ia mungkin tidak boleh terjadi, menyebabkan kulit nampak tua dan kusam.

Oleh itu, wanita diluar sana di nasihatkan supaya tidur awal dan mempunyai rehat yang cukup untuk menjaga kulit yang cantik dan mulus.

Kulit CANTIK, Tiada JERAWAT

Bila jerawat mula timbul di muka, risau bukan. Kalau boleh kita nak picit dan hilangkannya. Ada masa kita juga cemburu bila lihat kulit muka kawan lebih bersih dan nampak berseri tanpa ada cacat cela.

Kalau korang nak kulit cantik, bersih, tak nampak kusam dan  cantik tanpa jerawat senang je sebenarnya. Ini ada 10 tips bagaimana untuk mendapatkan kulit bersih yang diberikan oleh Puan Ony dari Kelab Sayang Kulit by Ony Nurhusni yang juga penerima anugerah Ikon Kosmetik Kedah 2018.

Baca perkongsian dan tips diberi olehnya. Saya yakin dan percaya ramai dalam kalangan kita masih berusaha untuk mendapatkan kulit yang sihat. Tak putih tak apa, asalkan bebas jerawat.

Baca juga  Mengapa Wanita Banyak Mulut Menjadi Idaman Lelaki

Lagi artikel Kesan Buruk Wanita Jika Tidak Cukup Tidur

Sumber: era.je

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *