Cari...

Hubungan Info Menarik Tips Menarik

Tidak Salah Jadi Perigi Cari Timba, Ini Cara Pikat Lelaki Idaman Anda

Kongsi

Mencintai dan dicintai adalah perkara terindah yang terjadi dalam hidup setiap insan yang dahagakan kasih sayang. Wanita sering diberitahu bahawa jangan mulakan dahulu langkan perkenalan, takut nanti dipanggil ‘perigi cari timba’. Namun begitu, pada zaman sekarang tiada istilah perigi cari timba melainkan anda perlu mulakan dahulu perbualan.

Ramai dikalangan wanita pada zaman sekarang lebih suka berterus terang kepada lelaki yang mereka minati. Bukan kerana tiada rasa malu, tetapi tiada salahnya jika anda yang mulakan perkenalan.

Antara salah satu langkah yang biasa dilakukan pada awal perkenalan adalah dengan meminta nombor telefon lelaki yang anda suka. Jangan pula terlalu memaksa, anda harus tahu bagaimana untuk menarik perhatiannya. Lagi bagus jika dia sendiri berminat untuk memberikan nombor telefonnya kepada anda.

Foto: Baituljannah.com

Ini adalah tips yang sangat berguna buat mereka yang mahu meluahkan perasaan kepada lelaki yang anda minati. Walaubagaimanapun, tips ini hanya untuk wanita yang berani sahaja.

Foto: Cosmopolitan.my

1 Tanya secara berseloroh. 

Mula-mula cuba untuk cakap yang sesuatu yang lucu. Jika kamu berjaya buatkan si dia ketawa, terus minta nombor telefonnya seperti contoh ini: “Kalau awak nak dengar lawak saya lagi, bagilah nombor telefon.”

2. Tanya kawan. 

Kenalpasti jika kawan-kawan si dia ada yang kamu kenal. Tapi masalah yang mungkin kamu hadapi, bila kamu hendak menghubungi si dia, pasti dia akan tertanya-tanya siapa kamu dan bagaimana kamu mendapat nombor telefonnya.

3. Tanya dia jika dia ada telefon. 

Pelik kan? Tapi dengan cara ini, secara tidak langsung kamu menyedarkan dia tentang telefon kepunyaannya dan mungkin apabila dia sedar nanti, dia akan memberikan nombor itu kepada kamu.Giphy

4. Cuba berbual dengan lebih lama

 Selepas perbualan yang menarik, dan si dia masih belum meminta nombor telefon kamu, berterus terang saja yang kamu sukakan perbualan itu dan ianya patut diteruskan di talian telefon pula.

Baca juga  Antara Kelebihan Ikan Haruan Yang Boleh Di Manfaatkan

5. Merancang Untuk Simpan Nombor Si Dia

Mungkin kamu berdua terlibat dalam tugasan yang sama. Kamu boleh beri alasan, jika perancangan bertukar, mudah untuk kamu hubunginya.

6. Periksa Akaun Facebook

Kadang-kadang ada pengguna Facebook yang meletakkan nombor telefon untuk memudahkan dihubungi. Periksalah, mana tahu nasib kamu baik? Tapi hati-hati, kamu mungkin boleh dituduh sebagai stalker!

7. Beri nombor telefon kamu padanya. 

Senang dan tak perlu berbelit-belit dan berkias-kias. Mungkin boleh guna dialog seperti “Biar saya WhatsApps pada kamu nombor telefon saya, nanti kamu hubungilah saya kembali”.

Berusaha untuk menangi hati lelaki yang anda suka, itu tidak menjadi masalah selagi anda tahu menjaga batas-batas pergaulan anda. Selamat mencuba ya! Sekian petikan dari wanista.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *