Cari...

Gaya Hidup unik

Tengkorak Tumbuh Tanduk Kerana Menghadap Telefon Bimbit

Kongsi

Telefon bimbit menjadi punca tengkorak tumbuh tanduk. Tak pernah terfikir bahawa manusia boleh tumbuh tanduk gara-gara telefon bimbit. Mungkin ia sebenarnya ada kaitan dengan otak kita, apabila kita melihat sesuatu yang berunsur satanic, kita juga berubah membentuk seperti itu. Apa pun, ini hanya kajian dari barat.

Tumbuh Tanduk Akibat Telefon Bimbit

Telefon bimbit mempunyai radiasi yang boleh mengeluarkan gelombang yang menghantar dan menerima data dari satelit. Malah, ramai orang yang menggunakan telefon bimbit ke arah yang salah seperti melihat perkara yang tidak sepatutnya.

Satu tulang tajam seakan-akan tanduk didapati tumbuh pada belakang tengkorak mereka yang asyik melihat telefon pintar, kata pasukan penyelidik Australia.

Bahagian bawah tengkorak yang dinamakan occipital protuberance itu dilaporkan mengalami pembesaran dan semakin bertambah, khususnya pada mereka yang berusia antara 18 hingga 30 tahun.

Penyelidik dari Universiti Sunshine itu telah menjalankan imbasan keatas lebih 1000 tengkorak dan melihat banyak masalah bonjolan pada tengkorak pesakit.

“Saya menjadi doktor lebih daripada 20 tahun dan hanya pada dekad sebelum ini saya melihat semakin banyak masalah bonjolan berlaku pada tengkorak pesakit,” kata ketua penyelidik berkenaan, Dr. David Shahar.

tumbuh tanduk
Foto: era.je

Menurutnya lagi, masa yang dihabiskan dengan peranti gadget mungkin menjadi tekanan pada bahagian tubuh yang jarang digunakan, menyebabkan ia berubah sedikit demi sedikit.

Otot pada bahagian leher yang bersambung pada kepala kerap digunakan seseorang ketika sedang tunduk menghadap telefon bimbit, menyebabkan ia menjadi semakin besar dan kuat. Akibatnya, tengkorak yang mempunyai berat purata 5 kilogram, akan menghasilkan lapisan tulang baru bagi mengukuhkan bahagian yang menyokong otot pada leher ini.

Adakah anda merasakan tulang ini pada bahagian tengkorak anda? Lagi artikel berkaitan dengan telefon bimbit, disini. Nomophobia Tak Mampu Berjauhan Dengan Telefon Bimbit

Baca juga  Bigo Live Demi Mencari Duit, Anak 10 Tahun Beraksi Panas
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *