Cari...

Kecantikkan Kesihatan Uncategorized

Terlalu Kasar Sapu Losyen Pada Kulit, Ini Cara Sapu Losyen Yang Betul

Kongsi

Cara Sapu Losyen yang betul sangat penting untuk keberkesanan yang optimum. Bagi mereka yang tidak suka memakai sebarang wangian, biasanya mereka akan megenakan losyen pada tangan dan tubuh. Ini kerana, losyen mampu membantu kulit anda lebih segar dan mengeluarkan wangian semulajadi walaupun anda berpeluh.

Tetapi ada satu perkara yang perlu anda tahu terutamanya cara untuk memakai losyen yang tepat. Kebanyakan wanita selalu memakai losyen dengan cara yang salah.

Cara Sapu Losyen

Jadi, ketahui 7 kesalahan ini supaya anda tak ulanginya kemudian hari.

Cara Sapu Losyen

1. Terus Sapu Pada Kulit Yang Kering

Sekiranya anda mempunyai kulit yang kering, anda pasti mahu terus memakai losyen pada tubuh. Sebaiknya, anda skrub dulu kulit anda sebelum memakai losyen. Jika tidak, losyen tersebut hanya akan berada di atas kulit dan tidak meresap dengan sempurna.

2. Tidak Memakai Losyen Selepas Mandi

Selepas mandi, anda seharusnya terus memakai losyen kerana kulit masih lembap dan memudahkan losyen untuk menyerap ke dalam kulit. Paling lambat adalah sekitar 30 minit selepas mandi.

3. Sapu Terlalu Kasar

Kerana ingin cepat, anda telah menyapu losyen pada tubuh dengan kasar. Seharusnya, sapu dengan gerakan memutar bermula daripada kaki hingga ke leher.

4. Losyen Berbeza Untuk Bahagian Tubuh Berbeza

Rupa-rupanya anda tidak boleh menggunakan satu jenis losyen untuk semua bahagian tubuh. Gunakan losyen jenis krim untuk bahagian yang terlalu kering seperti lutut dan siku. Untuk bahagian lain, gunakan losyen daripada jenis gel.

5. Memakai Losyen Terlalu Sedikit

Sama seperti memakai krim perlindungan matahari, losyen juga perlu selalu dipakai pada tubuh kerana tubuh boleh hilang kelembapannya selama anda berada di luar rumah. Semakin banyak tubuh anda terkena panas atau sejuk, semakin cepat tubuh menjadi kering dan dehidrasi. Sebaiknya, sapukan losyen setiap 6 atau 7 jam sekali.

Baca juga  Merawat Sakit Lutut Hanya Dengan Menggunakan Halia

6. Memakai Losyen Pada Muka

Jangan sesekali memakai losyen pada muka kerana kandungan losyen badan terlalu berat untuk wajah.

Memakai losyen pada badan sememangnya sangat digalakkan, tetapi anda harus tahu bagaimana cara untuk memakainya. Jika losyen tersebut tidak sesuai dengan kulit anda, kulit anda akan menjadi gatal dan keluar bintik-bintik merah. Oleh itu, amat penting untuk anda tahu bagaimana dan area manakah yang sesuai untuk disapukan losyen. Sekian petikan dari  cewekbanget.grid.id

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *