Cari...

Gaya Hidup Kesihatan

Terlalu Banyak Makan Peria Boleh Botakkan Kepala Anda

Kongsi

Peria sememangnya terkenal dengan rasanya yang sangat pahit. Walaupun rasanya sangat pahit, masih ramai yang suka memakan peria sama ada sebagai ulam atau ditumis.

Ramai yang beranggapan memakan peria adalah satu perkara yang baik. Hal ini kerana peria dikatakan makanan yang mempu menjadi ubat segala penyakit, terutamanya penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Tidak semua yang pahit itu menjadi ubat kerana kajian perubatan mendapati, memakan terlalu banyak peria boleh mengakibatkan keguguran rambut.

Foto: flickr.com

Memetik laporan terbaru yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Dermatology, peria mengandungi toksin yang dinamakan cucurbitacin yang menyebabkan ia berasa pahit.

Laporan ditulis Dr Philippe Assouly itu adalah bersandarkan kepada pemerhatiannya dalam dua kes keracunan makanan melibatkan seorang wanita yang memakan peria.

Kredit foto: Bidadari.MY

Salah seorang wanita yang memakan sup peria pahit mengalami masalah ketidakhadaman selama sehari dan seminggu kemudian, rambutnya mula gugur.

“Makanan itu dikongsi bersama ahli keluarga lain di mana mereka tidak memakan sup terlalu banyak dan mereka mengalami tanda-tanda keracunan makanan tetapi rambut mereka tidak gugur,” jelas Dr Assouly.

Seorang lagi wanita mengalami masalah serupa selepas mengambil makanan yang mengandungi peria.

“Walaupun dia berkongsi makanan itu dengan orang lain, mereka tidak mengalami keracunan makanan kerana tidak memakan peria yang disifatkan mempunyai rasa terlalu pahit,” katanya.

Dr Assouly memberitahu, kesan pemakanan peria terhadap pertumbuhan rambut dikaitkan dengan tindak balas antimitotik yang membantutkan proses pemecahan sel dan digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

Bukan tidak boleh makan peria, cuma elakkan mengambilnya terlalu banyak bagi mengelakkan kepala anda daripada menjadi botak.

Baca juga  Pihak Perhilitan Merampas Babi Hutan Yang Dijadikan Haiwan Peliharaan
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *