Cari...

Gaya Hidup

Terdapat Lebih 10 Ribu Bakteria Dalam Beg Tangan Wanita

Kongsi
beg tangan

Tahukah anda bahawa kebanyakkan wanita membawa lebih 10 ribu bakteria pada beg tangannya setiap hari menurut satu kajian. Ia memang satu kejutan untuk semua kaum wanita.

Terdapat saty kajian yang dijalankan di Jerman itu turut menyebut beg tangan wanita sangat kotor dan mungkin boleh jadi lebih kotor dari tandas. Adakah ia sangat kotor? Mengapa ia boleh jadi begitu?

Sebelum itu, kajian turut dilakukan di University of Colorado Boulder, Amerika Syarikat. Melalui kajian itu, mendapati terdapat 4,700 bakteria hidup pada tangan manusia. 

beg tangan
Foto: mynewshub

Sudah tentu ia boleh tersebar melalui sentuhan dari pelbagai aktiviti menggunakan tangan. Lebih teruk, kebanyakan beg tangan wanita dijadikan ‘tong sampah’ yang mengandungi pelbagai bekas makanan, tisu kotor dan sebagainya. 

Dalam pada itu memetik kajian yang dilakukan Initial Washroom Hygiene pada 2013 mendapati objek paling kotor dalam beg tangan wanita ialah botol krim. 

Makanya anda harus selalu membersihkan beg tangan anda, jangan jadikan ia sebagai tong sampah dan kurangkan sentuhan antara beg tangan dengan permukaan objek lain.

Baca juga  Buah Betik Dinobatkan Sebagai Raja Buah Oleh WHO
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *