Connect with us

Tempoh Puasa Yang Paling Lama Di Dunia

puasa

Islamik

Tempoh Puasa Yang Paling Lama Di Dunia

Tempoh Puasa Yang Paling Lama Di Dunia

Bersyukur kita masih berjumpa dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat. Di Malaysia, jangka masa berpuasa adalah lebih kurang selama 13 hingga 14 jam. Negara-negara yang berada dalam tempoh berpuasa yang sama adalah seperti Singapura, Indonesia dan Afrika Selatan. Namun, ada satu tempat yang tempoh berpuasanya agak lama berbanding kita.

Umat Islam yang menjalani ibadah puasa perlu mematuhi syarat puasa berdasarkan maksud ‘menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari, berserta niat’.

tempoh
Foto: pakwired.com

Murmansk, Rusia

Muslim yang berada di Murmansk, Rusia akan merasai waktu puasa yang paling lama tahun ini. Menurut aplikasi “MuslimPro” waktu subuh jatuh pada pukul 01.46 pagi, sementara waktu berbuka atau magrib adalah pukul 22.24. Maksudnya, tempoh waktu berpuasa kira-kira 20 jam 38 minit. Hanya ada waktu tak sampai empat jam untuk berbuka dan kembali sahur.

tempoh
Foto: royalcaribbean.com

Reykavik, Islandia

Sementara itu di kota Reykavik, Islandia, negara yang terkenal sebagai tempat berburu Aurora itu, subuh jatuh pukul 02.44, dan waktu berbuka pada puasa hari pertama adalah pukul 22.04. Muslim yang sedang berada di Islandia akan berpuasa sekitar 19 jam 20 menit.  Itu pada hari pertama puasa, selanjutnya, sama seperti Rusia menuju musim panas, di tempat ini semakin sebentar waktu gelapnya.

tempoh
Foto: bu.edu

Waktu Puasa Yang Singkat

Berlainan dari belahan dunia utara, di bumi bahagian selatan katulistiwa ramadan jatuh pada musim luruh. Di Sydney, Australia, puasa dimulai pada pukul 05.08 hingga 17.11 atau selama 12 jam tiga menit. Di New Zealand, puasa lebih pendek lagi, mulai pukul 05.49 hingga 17.26 atau 11 jam 37 minit.

Baca juga  Hukum Bertepuk Tangan Berasaskan Nas Syarak dan Realiti Umat Islam

Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Islamik

Advertisement

Trending

Advertisement
Advertisement
loading...
Advertisement
Ke Atas