Cari...

Uncategorized

Tayar Tanpa Angin, Design Tayar Yang Menerajui Evolusi Terkini

Kongsi

Tayar selalunya harus mempunyai angin didalam untuk ia berfungsi dengan baik sebagai tayar. Namun, kini sudah berevolusi dengan ciptaan canggih, zaman sekarang sudah pasti ia tidak mustahil untuk perubahan seterusnya. Tayar tanpa angin iaitu hanya disokong oleh getah tayar yang di bentuk menjadi lebih efisyen.

Sebelum pulang ke kampung, ada baiknya jika tahap tekanan udara pada tayar diperiksa. Dengan tekanan yang betul, perjalanan akan menjadi lebih selesa dan selamat. Tetapi malang tidak berbau dan kadang kala tayar kenderaan boleh mengalami kebocoran di jalan raya. Kerana masalah ini tayar tanpa angin telah dibangunkan oleh pelbagai pengeluar.

Michelin dan General Motors semalam telah mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan untuk kenderaan komersial menjelang 2014. Tayar prototaip UPTIS (Unique Puncture-proof Tire System) ini bukan sahaja mengelakkan masalah kebocoran tetapi mengurangkan penggunaan bahan kerana tidak perlu ditukar dengan kerap berbanding tayar pneumatik semasa.

Michelin telah menunjukkan beberapa prototaip tayar tanpa angin sejak 2005 yang diberi nama Tweel. Penggunaannya pada kenderaan komersial adalah rendah kerana tayar tanpa angin adalah lebih keras membuatkan pemanduan kurang selesa. Ia walau bagaimanapun digunakan pada kenderaan industri di kilang kerana tahan lasak.

Baca juga  Kebanyakkan Pengguna Telefon Pintar Tidak Pandai Menggunakan Telefon Pintar
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *