Cari...

Info Menarik

Tangani Wanita Kuat Membebel Dengan Cara Ini

Kongsi

Tangani wanita kuat membebel bukan perkara senang. Namun hakikatnya lelaki perlu tangani masalah ini dengan cara yang berhemah kerana takut mengecilkan pula hati pasangan kita. Disini ada cara untuk tangani masalah yang di ambil dari laman Mingguan Wanita.

Mungkin tak nak orang yang dia sayang ditimpa masalah atau niatnya nak ubah sesuatu yang nampak salah di matanya. Itu kaum lelaki kena selami dan faham.

Jadi dalam situasi ini, para suami kena mengalah sebab bila kaum perempuan dah buka mulut semuanya alasan yang orang lain bagi pun dia dah tak makan saman.

Perempuan ni sering dilabel sebagai kaki bebel. Tak kira la mak ke, nenek, kakak ataupun isteri korang.

tangani wanita kuat membebel
Foto: Maskulin

Kalau belum kahwin, mesti kau selalu dengar mak kau membebel kan. Kalau dah kahwin, dengar isteri pula membebel. Kau sabar je lah ye.

Biasanya, apa yang dibebel oleh golongan mereka ni ada moleknya. Semuanya sebagai nasihat. Bukan saja-saja membebel. Kau yang lelaki tu tahan je la telinga. Jangan nak melawan kalau tak suka pun.

Tangani Wanita Kuat Membebel

Isteri membebel ni ada sebabnya. Dia tidak akan membebal saja-saja.

Selepas minum kopi misalnya. Kalau suami, cawan tu esok-esok boleh basuh. Sebaliknya bagi isteri. Kalau nampak cawan merata mula la nak buka sesi kaunseling. Yelah, sepatutnya gitulah. Lepas minum terus basuh.

Baling baju dalam baldi nak basuh tapi tak masuk dalam baldi dah kira okay dah. Tapi bagi isteri itu boleh menyelerakkan dan tidak menyelerakan pandangan. Lagi satu kalau letak baju kotor ikut suka hati. Lagi lah kena tahan telinga mendengar.

Dah la kau bangun paling lewat, tak kemas katil. Cadar tak tegangkan, selimut tak lipat. Sekali sekala okeyla, kalau hari-hari kau buat macam tu? Mana tak kena bebel.

Baca juga  Kedudukan Arah Kiblat Boleh Di Lihat Secara Tepat

Bukan apa, penat juga si isteri nak buat semua tu . Dia pun penat juga bekerja. Sebolehnya kita tolong untuk ringankan beban kerja isteri.

Kalau isteri tengah membebel tu, kau jangan lawan. Kau boleh cakap macam ni ;

“Jap Sayang, Abang nak pergi beli popcorn ni. Sedap juga dengar Sayang bebel sambil makan popcorn ni.”

“Esok jelah Sayang bebel, hari ini rasa tak feel la nak dengar. Spirit mendengar down sikit.”

“Amsyar, ibu sedang bebel tu. Kita sebagai lelaki kita cool je. Kita layan je. Okey?”

Kau cakap sambil buat nada gurau la. Lepas tu, kau tengokla apa reaksi isteri kau.

Membebel ni dah menjadi salah satu sifat perempuan terutamanya bila dah jadi isteri. Kau sebagai suami jangan nak marah-marah. Kalau mereka membebel, dengar je. Diam dan angguk.

Kadang-kadang apa yang dibebelkan tu ada betulnya. Kalau salah kau, kau kena akui tu. Lepas tu, mereka akan diam. Biarkan mereka melepaskan rasa tidak puas hati. Dah salah tu mengaku. Jangan asyik kau je nak menang. Jangan nak tegakkan benang yang basah.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *