Cari...

Hubungan

Tanda Wanita Kuat, Mereka Lebih Cepat Move On Berbanding Lelaki

Kongsi

Apabila bercakap tentang putus cinta, ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk meneruskan kehidupan seperti biasa sudah pasti rasa sedikit janggal. Jika dahulunya ada seseorang yang sentiasa menemani ketika sunyi, ada disisi ketika susah dan senang, tiba-tiba sahaja menjauhkan diri.

Walaupun bukan sesuatu yang mudah, namun kehidupan harus diteruskan walau tanpa kekasih disisi. Kadang kala kehilangan itu mampu memberi semangat baru untuk memulakan kehidupan yang jauh lebih baik.

Foto: kelinciberdasi24.com

Ramai beranggapan bahawa wanita adalah makhluk yang lemah, tidak mampu mengawal perasaan kecewa dan cepat berputus asa. Tetapi sebenarnya ada salah! Mereka sebenarnya makhluk yang lebih kuat hatinya berbanding lelaki.

Jika perpisahan berlaku misalnya, mereka mampu teruskan hidup dan membesarkan anak-anak walaupun tanpa suami disisi. Begitu kuat dan tabahnya seorang wanita itu apabila kerap dikecewakan.

Soal siapa yang lebih cepat move on apabila berpisah, sudah tentu wanita jauh lebih tabah dan redha menerima ketentuan Ilahi. Hati wanita sangat rapuh, namun disebalik kelemahan tersebut ada satu kekuatan dimana apabila perpisahan itu berlaku, mereka boleh cepat move on dan meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun hati remuk dan sedih.

Tidak seperti lelaki, mereka akan mula rasa kehilangan dan menyesal dengan perbuatannya. Mula memujuk dan merayu, namun wanita tidak mudah cair dan memberikan perluang yang pernah diberi dan akhirnya dikhianati. Ingat, apabila wanita sudah menyerahkan cinta kepada anda, hargailah ia. Kerana jika sekali cinta itu pergi, ianya takkan kembali dan akan berlalu pergi.

Baca juga  Orang Yang Pernah Patah Hati Adalah Orang Yang Kuat
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *