Cari...

Gaya Hidup Kesihatan Psikologi

Tanda-Tanda Anda Mengalami Penat Mental Dan Fizikal

Kongsi

Menempuhi kehidupan zaman kini yang penuh dengan dugaan cabaran sudah pasti memberi impak kepada kita. Ada diantara kita mengalami kemurungan kerana terpaksa menembuh cabaran hidup yang begitu mencabar. Pastikan anda tahu tanda-tanda penat mental dan fizikal, hal ini penting kerana ianya mampu mempengaruhi kehidupan anda.

Kebanyakan daripada kita mengalami mental dan emosi terjejas akibat tekanan yang mengakibatkan sejumlah simptom yang tidak sihat di dalam diri mengganggu aliran hidup normal kita. Sangat penting untuk kita mengetahui tahap kecergasan dan kesihatan mental kita.

Foto: spiritualityhealth.com

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah, maka anda perlukan rehat yang cukup bagi memulihkan keadaan supaya segar dan bertenaga semula.

Cepat rasa tidak puas hati

Anda menjadi seorang yang sangat negatif, sentiasa mahu mencari kesalahan orang sekeliling anda. Kadang kala mereka rasa tidak selesa dan kurang senang dengan perangai anda yang sangat menjengkelkan.

Anda sentiasa terlambat

Anda lebih suka bersendiri, mengalami masalah tidur awal dan sentiasa tidur lambat. Oleh kerana itu, anda mengalami masalah untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa panjang.

Kurang motivasi dalam hidup

Sentiasa berfikiran negatif walaupun sebenarnya keadaan dalam keadaan baik-baik sahaja. Bagi anda semuanya bagaikan serma tidak kena.

Anda tidak boleh tidur

Malam lebih sukar daripada biasa. Anda tidak dapat tidur dengan baik tidak kira betapa penat. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh tekanan yang anda alami. Jadi, tidur malam yang cukup sangat penting untuk minda dan badan. Pastikan anda mempunyai pemikiran positif sebelum tidur, segala anasir jahat dan negatif dibuang jauh. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam tidur yang betul untuk mental dan fizikal.Foto – Hello Magazine

Baca juga  Wanita Ini Makan Najis Sendiri Selama 13 Tahun

Anda rasa mual dan lesu

Rasa letih, mual dan pening adalah tanda-tanda anda memerlukan rehat dan ia harus menjadi keutamaan. Perkara ini berlaku kerana anda begitu tertekan dan tubuh anda sudah tidak dapat mengawalnya.

Anda kerap mengalami anxiety yang melampau

Anda bimbang tanpa sebab. Anda rasa cemas pada perkara yang kecil. Ya, memang menyakitkan tapi jangan biarkan fikiran negatif menguasai diri dan memberi anda masalah yang lagi besar.

Tiada rasa kesian

Apa maksud empati yang sebenarnya? Empati ialah daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Sebagai seorang manusia, kita memang saling memerlukan di antara satu sama lain. Anda lebih suka bersendiri tanpa menghiraukan masalah orang lain.

Menangis tanpa sebab

Ada masanya anda merasa sedih dengan tiba-tiba. Teringat akan keadaan dan peristiwa yang menyedihkan,apdahal ianya adalah hal lama. Kadangkala anda rasa terlalu tertekan sehingga menyebabkan anda ingin rasa ingin menangis.

Ini adalah antara tanda-tanda yang harus anda perhatikan dalam diri anda. Jika anda merasakan anda memiliki tanda-tanda seperti diatas, sebaiknya anda rujuk pada pakar kesihatan. Sekian petikan dari wanista.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *