Cari...

Hubungan

Tanda Pasangan Tidak Serius Teruskan Hubungan

Kongsi

Mengenali insan baru merupakan perkara terindah dalam diri, namun bukan mudah untuk anda menyesuaikan diri. Ramai diantara kita yang tidak tahu akan tanda-tanda pasangan yang sudah tawar hati dengan mereka. Sebenarnya sangat sensitif untuk membincangkan topik inu, namun inilah hakikatnya apabila sedang bercinta, pasti ada pasang surutnya.

Bagi memulakan satu perhubungan, sangat penting untuk anda mengenali pasangan anda dengan baik. Ramai yang berpendapat bahawa janji temu pertama sangat penting bagi memastikan samaada hubungan itu boleh diteruskan atau tidak.

Mungkin anda berasa seronok apabila keluar bersamanya, tetapi mungkin sahaja tidak bagi si dia. Oleh itu sangat penting bagi anda terus berkomunikasi dan bertanyakan tentang perasaan masing-masing supaya tidak terlalu menaruh harapan dengan hubungan yang tidak pasti.

Jadi untuk kenal pasti, perhatikan jika dia ada melakukan mana-mana perkara di bawah yang dikongsikan oleh Insider. Jika ya, anda perlulah terima kenyataan bahawa dia sebenarnya tidak ingin lagi keluar bertemujanji dengan anda.

1. Anda sudah tidak penting baginya

Foto: wanista.com

Wanita ataupun lelaki sudah pasti mengharapkan perhatian sepenuhnya dari pasangan mereka. Pernahkah anda melihat pasangan anda itu lebih memetingkan perkara lain daripada anda, walaupun ketika itu anda benar-benar memerlukan anda disampingnya. Ketahuilah bahawa hubungan itu tidak akan berkekalan.

Andrew Hanson, presiden Love Architects, sebuah syarikat yang membantu individu mencari cinta, berkata, “Jika dia lebih mementingkan perkara selain anda, itulah petanda yang dia tidak berminat untuk keluar dengan anda lagi selepas itu.

2. Jarang berhubung

Foto: smartcouples.ifas.ufl.edu

Jika benar anda berdua sudah serasi dan sukakan antara satu sama lain, sudah pasti anda akan teru berhubung walaupun sudah tidak berjumap. tetapi, jika setelah bersua muka, anda dengan si dia sudah tidak berhubung sama sekali, itu tandanya hubungan tersebut tidak boleh diteruskan.

Baca juga  Janda Lebih Menggoda Berbanding Gadis Dara

“Jika dia tidak berhubung dalam masa 24 jam, buangkan hasrat untuk keluar lagi dengannya,” kata Andrew. “Jika dia betul-betul menyukai anda, dia pastinya rasa teruja untuk memberitahu anda perasaannya dengan cepat.”

3. Tiada topik perbualan

Foto: 965tic.radio.com

Bagi mereka yang telah rasa serasi antara satu sama lain, tiada masalah bagi mereka untuk membuka topik perbincangan. Ada saja topik menarik dibincangkan, kadang kala masa terasa begitu cepat.

Lain pula jika anda merasa tidak serasi dengan pasangan anda, suasana berdua menjadi suram dan sepi kerana terkial-kial mencari tipok perbualan. Ini adalah kurang baik.

“Jika perbualan anda bukan lagi menarik dalam semua aspek, tamatlah kisah cinta anda,” kata Andrew.

4. Tiada semangat ketika temu janji pertama anda

Foto: Kumparan.com

Jika anda seorang sahaja yang bersemangat tetapi teman anda tidak menunjukkan minat, bersedialah untuk berasa hampa. Itu mungkin satu-satunya temu janji anda dengannya.

5. Kelihatan tidak iklas

Foto: kumparan.com

Setiap pasangan seharusnya ikhlas kepada pasangan, tiada sebarang keraguan terhadap mereka dan sentiasa bersikap jujur. Jika anda rasa tidak selesa, maka berterus teranglah.

Tetapi jika anda rasa seperti anda terpaksa melayannya, itulah satu tanda yang anda patut matikan sahaja hasrat untuk keluar berdua lagi.

6. Bahasa badannya tidak menunjukkan minat

Foto: Liputan6.com

Anda boleh memahami pelbagai perkara mengenai seseorang itu menerusi bahasa badannya. Samalah juga untuk mengetahui sama ada anda berdua akan keluar untuk pertemuan yang kedua.

Menurut pakar hubungan Elena Murzello, jika seseorang itu berpaling ke tempat lain, bersandar jauh atau tidak bertemu mata dengan anda, ini menunjukkan dia mungkin tidak berminat.

Jika anda merasana ciri-ciri diatas ada berkaitan dengan apa yang sedang alami sekarang, percayalah bahawa hubungan itu tidak akan berkekalan. Mungkin saja anda boleh bertanyakan si dia akan keadaan sebenar. Mereka suka mendiamkan diri, hakikatnya hanya anda yang menaruh harapan tetapi tidak sidia. Sekian petikan dari wanista.com

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *