Cari...

Islamik

Tahukah Anda Surah Yang Paling Disukai Oleh Allah?

Kongsi

Menurut sumber dari laman iluvislam.com, terdapat satu surah yang paling disukai, dicintai oleh Allah S.W.T. Surah tersebut ialah Surah Al-Falaq. Banyak kelebihan Surah Al-Falaq yang tidak kita ketahui. Sebagai umat Islam, kita patut tahu setiap kelebihan dan maksud tertentu surah yang kita baca.

Ada juga yang membacanya sebagai amalan sebelum tidur, atau di dalam zikir Ma’thurat pagi dan petang. Banyak orang menganggap surah al-Falaq sebagai surah pendek yang hanya sesuai dibaca ketika solat sendirian.

Bagi mereka yang mempelajari atau mengamalkan kaedah rawatan Islam pula, surah al-Falaq merupakan antara surah yang wajib diamalkan sebagai pendinding menghadapi gangguan makhluk halus.

Maka, surah ini sangat penting untuk mendapatkan perlindungan daripada Allah S.W.T. Surah al-Falaq sebenarnya memiliki kedudukan yang sangat tinggi. Perhatikan makna indah dalam hadith di bawah:

Uqbah bin ‘Amir datang bertemu Nabi dan berkata: “Ya Rasulullah, bacakan kepadaku beberapa ayat dari surah Hud dan surah Yusuf. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Wahai Uqbah, tidaklah engkau membaca satu surah yang paling dicintai Allah dan paling agung di sisi-Nya selain surah al-Falaq. Jika engkau mampu untuk tidak ketinggalan membacanya dalam setiap solat, maka lakukanlah.”


(Hadis ini dinilai Sahih oleh Sheikh Albani rahimahullah dan dinukil oleh al-Hafiz al-Munziri dalam kitabnya Targhib wa Tarhib)

Surah Al-Falaq Serta Maksud

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١  مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢  وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣  وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥

  1. Katakanlah : Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai waktu Subuh,
  2. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang Dia ciptakan,
  3. Dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita,
  4. Dan dari kejahatan wanita tukang sihir yang meniup simpulan dan ikatan,
  5. Dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila dia dengki.
Baca juga  Kereta Kuno Firaun Di Temukan Di Dalam Laut Merah

Surah al-Falaq memiliki hubungan yang rapat dengan surah an-Naas. Kedua-dua surah ini dinamakan al-Muawwidzatain kerana dimulakan dengan permohonan berlindung kepada Allah.

Istilah pertama ialah Musta’az Bihi, yang bermaksud kepada siapa kita meminta perlindungan. Dalam konteks surah al-Falaq, Musta’az Bihidi sini ialah Allah SWT. Perlindungan yang paling kuat merupakan perlindungan dari tuhan yang menciptakan segala kejadian didunia. Maka, kepada siapa lagi kita untuk meminta perlindungan?


Menerusi keagungan dan kekuasaan-Nya, kita memohon Allah SWT memelihara kita daripada kejahatan makhluk-Nya, kegelapan yang hadir pada waktu malam, rencana tukang-tukang sihir dan orang-orang yang dengki.

Pelajaran Yang Kita Dapat Disini

  1. Jadikan Allah sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan.
  2. Jauhi perbuatan khurafat seperti ilmu hitam atau mendatangi bomoh.
  3. Jauhi hasad dengki sesama manusia. Kecuali dua golongan yang dibenarkan syarak untuk kita hasad kepada mereka.

Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Mas’ud, Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam bersabda:

“Hasad itu hanya dibenarkan dalam dua perkara. Lelaki yang dikurniakan Allah harta dan dia menggunakan harta tersebut di jalan yang benar. Dan lelaki yang dikurniakan Allah hikmah kebijaksanaan dan dia mengamalkannya serta mengajarkan kepada orang lain.”


(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Kongsikan ilmu ini kepada saudara sesama muslim kita. Sebarkan walau satu ilmu, past

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *