Cari...

Kecantikkan

Tahukah anda, Mandi Sebelum Subuh Rahsia Untuk Kekal Awet Muda

Kongsi

Ramai diantara kita sangat susah untuk bangun awal pagi untuk mandi awal. Alasan mereka ialah kerana terlalu penat dan bekerja sehingga lewat malam.

Tahukah anda, mandi pada awal pagi sekitar selepas subuh adalah yang paling terbaik. Banyak kelebihan mandi awal pagi, terutamanya untuk kesihatan badan kita.

Foto: vladtime.ru

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Justeru itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:

1. Melancarkan Peredaran Darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2. Kulit Lebih Lembut dan Halus Mulus

Jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi saja mengunakan air sejuk setiap pagi  ia dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak dan kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. Tak percaya, jom la cuba.

3. Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Boleh mengurangkan Stress 

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat untuk mandi pagi sebelum subuh.

Baca juga  Biji Kolestrol Dan Langkah Pencegahan Dimuka

6. Meningkatkan Sel Darah Putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Untuk nampak sentiasa muda dan sihat, amalkan mandi pada awal pagi. Keana ia mampu memelihara sel dalam badan anda dengan baik. Sekian petikan dari sehinggit.blogspot.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *