Cari...

Antarabangsa

Tahukah Anda Maksud Asal “OK” Yang Selalu Anda Guna?

Kongsi

Anda sering kali menyebut perkataan OK atau Okey, namun, anda tahukah asal usulnya? Tapi, sebelum memulakan cerita sejarah ini, jom panaskan minda sebentar dengan beberapa fakta tentang teori perkataan tersebut. 

Scotland= Och Aye (oh yes)

Latin= Omnes Korrecta (everything correct)

Finland= Oikea (correct)

Greek= Ola Kala (everything fine)

Jerman= Ohne Korrekten (without correction)

Natif Amerika Choctaw = Okeh (it is so)

Perancis Au Quai (at dock) 

Ada yang berpendapat bahawa OK merupakan singkatan nama seseorang bernama Obadiah Kellyyang menggunakan OK sebagai tandatangannya. Seorang lagi bernama Old Keukuk; Ketua Natif Amerika yang menandatangani perjanjian damai dengan tandatangan bertulis OK.

Foto: Quora

Bagaimanapun, seorang professor linguistik dari Amerika di Universiti Columbia pada tahun 1960, Allen Walker Read berpendapat bahawa ianya bermula daripada jenaka golongan intelektual dalam dunia penerbitan surat khabar 1839. Dalam kajian lingustik beliau, ketika itu media massa bebas menulis perkataan-perkataan yang boleh menarik minat pembaca tidak kiralah ianya bersifat sarkastik atau menyindir dengan ejaan yang sengaja disalahkan.

Pada 23 mac 1839akhbar Boston Morning Post telah mendedikasikan perkataan kepada Anti-Bell Ringing Society sebagai sindiran kerana telah mengharamkan untuk membunyikan loceng meja makan di Ney York. OK dimaksudkan All Correct sengaja disalah eja sebagai jenaka media dalam fonetik menjadi Oll Korrect. Pada zaman ini juga terdapat banyak  lagi perkataan yang dijadikan jenaka singkatan seperti KY iaitu Know Yuse/no useKC iaitu Knuff Ced/enough said dan OW iaitu Oll Wright/All Right.

Foto: History-first

Ok sekarang, bagaimana pula perkataan ini berkembang sehingga mempunyai maksud universal ke serata dunia? Selain daripada bersifat fancy dan telah diguna pakai akhbar selain Boston Morning Post, penyokong kepada calon presiden 1940, Martin Van Buren yang diberi gelaran Old Kinderhook telah membentuk Kelab OK dan membawa slogan OK!

Baca juga  Aplikasi Kemas Kini Palsu! Bahaya! Wang Anda Boleh Lesap!

Hal ini menyebabkan konteks OK dijadikan bahan mainan politikal lawannya dengan memaksudkan sebagai  Out Of Kash!, Out of Karacter! dan lain-lain. Dan akhirnya pada tahun 1864, perkataan OK telah dimasukkan ke dalam perkamusan slanga bahasa kesat.

Kemudian, pada tahun 1890 selepas telegraf dicipta, singkatan OK menjadi perkataan popular kerana dijadikan standard sebagai mengisyaratkan tanda terima mesej. Nah, bila sudah popular, artis dan penulis pun tolong sebarkan dalam hiburan mereka. 

Sehingga ke hari ini, ‘OK’ sudah menjadi bahasa slanga yang jelas dan menjadi salah satu perkataan yang boleh menjadi kata kerja, kata nama, kata adjektif dan kata seru.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *