Cari...

Gaya Hidup

Tahukah Anda, Gigi Bongsu Masih Boleh Tumbuh?

Kongsi

Mereka yang pernah tumbuh gigi bongsu pada bahagian geraham pasti amat merasakan kesakitan yang melampau, sehingga boleh hilang selera makan dan boleh demam. Proses pembentukan gigi bongsu terjadi seawal usia 12 sehingga 25 tahun dan juga dikenali sebagai wisdom teeth.

Persoalannya, adakah semua orang akan tumbuh gigi bongsu ini?

Sebenarnya, tidak semua orang menyedari kewujudan gigi bongsu ini kerana hanya beberapa orang yang berasa sakit sewaktu gigi ini muncul. Gangguan kemunculan gigi sebenarnya boleh terjadi juga pada gigi-gigi lain, namun paling kerap berlaku pada gigi bongsu. 

Foto: era.je

Jika gigi bongsu tumbuh secara normal dalam rongga mulut tanpa halangan oleh gigi lain, ia tidak menimbulkan rasa sakit sama sekali. Namun, jika gigi tumbuh dengan kurang sempurna kerana tiada ruang mencukupi untuk gigi bongsu, ia akan menyebabkan rasa kurang selesa dan sakit semasa kemunculannya.

Sumber: era.je

Baca juga  Adab Semasa Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *