Cari...

Kecantikkan

Tahukah Anda, Garam Boleh Mencantikkan Wajah?

Kongsi

Selalunya garam memang digunakan untuk memasak dan sebagai perisa kepada makanan itu. Garam sebenarnya banyak manfaat khususnya terhadap kulit wajah kita. Jangan pula, sudah letak garam, anda masak pula wajah anda. Disini terdapat tip menarik garam untuk kecantikkan kulit wajah, terutamanya wanita di luar sana.

Garam mengandungi potassium, magnesium dan kalsium yang sudah mencukupi untuk merawat serta mencantikkan kulit wajah anda. Penggunaan garam juga bagus untuk membersihkan kulit wajah yang bermasalah. Bahkan pengunaan garam untuk di bahagian wajah juga boleh membuatkan kulit wajah anda semakin cantik.

Garam sebagai scrub wajah

Foto: Illustrasi

Cara penyediaannya mudah sekali, anda hanya perlu campurkan sedikit garam bukit dan juga facial oil ataupun minyak almond. Campurkan minyak almond, facial oil dan juga garam bukit sehingga sebati kemudian barulah disapukan ke seluruh wajah dan disertakan dengan urutan perlahan-lahan ke wajah anda.

Biarkan sebentar selama 15 minit selepas itu barulah boleh dibasuh dengan mengunakan air bersih. Pengunaan bahan-bahan termasuklah garam tadi sangat berguna untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dari wajah. Bukan itu saja, penggunaan garam ini juga turut mengurangkan kesan kedutan.

Menghapuskan jerawat-jerawat dimuka

Foto: Illustrasi

Jerawat merupakan masalah yang paling dominan setiap wanita. Jadi, munculnya jerawat dimuka boleh membuatkan seseorang itu kurang berkeyakinan untuk menjalani kehidupan seharian. Bagi wanita yang tidak mempunyai bajet yang besar, bolehlah guna cara ini malah ia juga sangat mudah dan murah.

Larutkan garam bukit dengan mengunakan air suam. Sebaik saja garam itu larut, anda boleh sapukan air garam tadi dengan kapas bersih di tempat yang berjerawat. Biarkan selama 2 minit seterusnya cuci sehingga bersih. Pengunaan garam juga boleh mengurangkan radangan pada bahagian wajah yang berjerawat.

Baca juga  6 Khasiat Kentang Untuk Kulit Wajah

Garam mampu merawat kulit berminyak

Foto: Illustrasi

Kulit berminyak merupakan punca utama kepada jerawat yang bakal timbul. Bagi yang belum tumbuh jerawat tetapi kulit rasa sangat berminyak, anda boleh mencegah jerawat daripada timbul dengan menggunakan garam.

Caranya, masukkan satu sudu makan garam bukit dan juga teh ke dalam botol semburan yang bersaiz kecil. Semburkan pada kulit wajah kemudian keringkannya. Selepas itu, tepuk-tepuk kulit wajah dengan mengunakan tuala yang lembut dan bersih. Sekian memetik dari laman bukanaku.com.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *