Cari...

Hubungan Info Menarik

Tahukah Anda, Bersedih Terlalu Lama Mampu Menurunkan Berat Badan

Kongsi

Menangis merupakan perkara yang normal bagi semua orang, ia menandakan anda bertindak balas dengan perasaan sakit, gembira mahupun sedih. Bagaimanapun, menurut sebuah kajian terbaru, menangis dengan penuh emosi boleh membantu menurunkan berat badan.

Seperti yang kita sering alami, apabila kita menangis ataupun selepas menangis kita akan rasa tidak berselera untuk makan, malah untuk minum sekalipun. Adakah kerana kekurangan air dalam badan setelah menangis boleh menyebabkan penurunan berat badan?

Foto: Tribun Solo – Tribunnews.com

Dr. Aaron Neufeld dari Los Altos Optometric Group mengkaji kesan tiga jenis air mata; Basal, Reflex dan Psychic dan mendapati tangisan penuh emosi dikaitkan dengan hormon yang akan meningkatkan kadar kortisol yang membantu menurunkan berat badan.

Kajian susulan William Frey,  seorang ahli biokimia pula menunjukkan air mata yang terhasil daripada tekanan dapat mengeluarkan pelbagai jenis toksik dari badan dan menyimpulkan bahawa menangis adalah satu proses semulajadi untuk mengeluarkan toksik yang terkumpul sepanjang mengalami tekanan emosi tersebut.

Bagaimanapun, jangan berpura-pura menangis kerana menurut kajian itu lagi, hanya airmata yang terhasil daripada emosi sebenar bolah menghasilkan kesan penurunan berat badan. 

Saintis juga mendapati tangisan paling berkesan ialah sekitar pukul 7 hingga 10 malam, ketika menonton tayangan sedih atau menangis kerana kesedihan. Sekian petikan dari bukanaku.com





Baca juga  Pilih Calon Suami Yang Mempunyai Ciri-ciri Seperti Ini
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *