Cari...

Info Menarik Kulinari

Sushi Boleh Membuatkan Anda Sihat Dan Bijak

Kongsi

Sushi merupakan makanan Jepun yang sihat dan baik untuk otak kerana kandungan ikan salmon. Sushi terdiri dari nasi yang digulung bersama ikan mentah, sayuran, dan rumput laut atau biasa disebut nori. Kandungan potein, yudium, vitamin, mineral, dan lemak omega-3 yang ada di ikan, udang, sayuran, dan nori sangat baik untuk kesihatan kerana diperlukan supaya otak dan tubuh anda berfungsi dengan baik secara maksimum.

Namun, inovasi dalam pembuatan sushi, pelbagai variasi rasa dan menu sushi nampaknya harus dikaji lagi manfaatnya untuk tubuh. Itu sebabnya bagi anda yang gemar makan sushi harus berhati-hati. Sayuran dan rumput laut memang tercatat sebagai makanan rendah kalori, namun cara penyajian sushi yang digoreng dan menggunakan campuran krim, keju, mayonaise, membuat satu roll sushi mengandung 500-600 kalori dan mengandung banyak lemak.

Bagaimana cara sihat makan sushi?

Walaupun pada asalnya memakan sushi memiliki beberapa risiko kesihatan kerana kandungan di dalam bahannya. Anda masih boleh menikmati sushi dengan cara yang lebih sihat. Mari kita lihat beberapa tips makan sushi secara sihat dan bijak:

  • Sashimi merupakan pilihan yang lebih sihat dan rendah kalori untuk makan sushi. Tuna dan salmon mentah memiliki protein yang tinggi, asam lemak omega-3, vitamin juga mineral serta tidak mengalami proses pengolahan yang rumit. Sehingga gizinya masih asli.
  • Gunakan bahan pencelup sushi seperti shoyu, saus miso, dan bubuk cili sedikit saja – hanya sebagai penguat rasa.
  • Anda sebaiknya mencari restoran Sushi yang memiliki reputasi baik dan dikenal bersih dan juga sihat untuk makan sushi. Restoran yang bereputasi baik ini ialah restoran yang ikannya memenuhi standard kebersihan makanan sehingga anda mampu memastikan jika ikan yang anda makan memiliki dalam keadaan yang baik.
  • Sushi juga sebaiknya dijadikan makanan tambahan saja, tidak untuk dimakan secara rutin.
Baca juga  Penyakit Cemburu Yang Keterlaluan Merupakan Sindrom Othello

Hidangan Pelengkap Sushi

Apabila kita makan hidangan sushi, tidak lengkap sekiranya tidak dihidangkan bersama dengan 2 pelengkap iaitu air teh hijau Jepun dan juga sup Miso shiro.

Air teh hijau Jepun adalah air teh pahit kerana langsung tidak ada gula di dalamnya. Kebanyakan rakyat Malaysia rata-ratanya tidak mampu meminum air ini kerana rasanya yang sangat pahit.

Sup Miso shiro pula adalah sup yang dicampur bersama dengan tauhu dan kacang selain daripada rasanya yang agak masam dan tawar.

Tetapi ada satu yang menarik dengan hidangan-hidangan ini. Sekiranya kita demam dan tidak sihat, ini adalah makanan yang sangat baik untuk diambil kerana ianya sangat baik untuk kesihatan. Makanan yang sangat sesuai untuk orang yang tidak sihat.

Jadi, kalau yang demam-demam tu, ajak sesiapa pergi sushi. Comfirm Sihat! Ahaks!

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *