Cari...

Info Menarik

Surah Al-Mulk Penyelamat Anda Daripada Seksaan Kubur

Kongsi

Sebagai umat islam, sudah pasti biasa mendengar akan kelebihan-kelebihan ayat Al-quran. Namun begitu, bukan semua orang mahu mengamalkannya selalau. Apabila sudah dalam keadaan terdesak, baru hendak ingat Allah s.w.t.

Kita hidup bukan untuk berseronok semata-mata, kita dilahirkan ke dunia untuk beribadah dan sudah pasti syurga menanti mereka yang sentiasa patuh dan taat kepad-Nya. Kelebihan yang ada pada surah Al-Mulk mampu memberi pertolongan kepada anda ketika berada dialam kubur.

Foto: YouTube

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah Al-Mulk”.

Foto: SlideShare

Orang yang sentiasa mengamalkan Surah Al-Mulk akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.

Amalan Surah Al-Mulk secara harian menjanjikan kelebihan seperti berikut;

Penyelamat Seksaan Kubur

Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”

Nak Wajah Cantik Berseri

Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan Surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf.”

Ulama berkata: “Sesungguhnya Yasin dan Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

Baca juga  Buat Penggemar Air Kopi, Panduan Untuk Anda Minum Kopi Dengan Betul

Hati Lebih Tenang Dan Beriman

Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.”(iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca Al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

Mari sama-sama kita membaca Al-Quran walaupun setakat satu muka surat selepas menunaikan solat fardhu. Perlahan-lahan kayuh Insyallah kamu akan diberkati. Sekian petikan dari wanista.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *