Cari...

Gaya Hidup

Suka Simpan Barang Dalam Kereta, Ini Antara 9 Jenis Pemandu Wanita

Kongsi

Ramai berpendapat bahawa wanita tidak sesuai memandu kereta, selalunya lelaki lebih selesa jika mereka sendiri yang memandu. Mungkin kerana kurang kepercayaan terhadap kaum wanita.

Ramai saja wanita yang memandu dengan cermat, hanya kerana segelintir wanita yang memandu secara bahaya di jalan raya membuatkan wanita-wanita lain juga terkena tempias yang sama. Mereka dikatakan tidak tahu memandu dengan cermat dan suka melakukan kesalahan ketika memandu.

Pemandu wanita ini dikatakan mempunyai pelbagai perangai ketika memandu. Bukan itu sahaja, ada diantara mereka mempunyai minat dan gelagat yang comel apabila berkaitan dengan kereta. Jom kita lihat

Foto: Remaja.my

1. Memandu secara perlahan

Mereka boleh memandu dengan tenangnya di lorong kanan dengan kelajuan 40km/h dan tanpa menghiraukan anda di belakang yang sudah banyak kali bagi hint untuk ke tepi.

Walaupun bukan semua, namun sebagai pengguna jalan raya bersama seharusnya mereka peka akan keadaan pemandu lain.

2. Memandu terlalu laju

Ada pemandu perempuan lain pula yang memandu lagi laju daripada pelumba F1. Bagi mereka bawa kereta dengan laju memberi kepuasan kepada mereka.

Tanpa mereka sedari, mereka telahpun membahayakan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain. Ketika berada di atas jalan raya, anda tidak boleh pentingkan diri sendiri ya!

3. Tak tahu hala tuju

Pemandu begini paling menguji kesabaran. Bila mereka tak tahu nak masuk simpang kiri ke kanan. Perlahankan kenderaan, kejap-kejap tekan ‘break’ tanpa fikir banyak lagi kereta di belakang.

4. Suka simpan barang dalam kereta

Wanita suka bawa banyak barang ketika hendak keluar, mereka lebih suka menyimpan barangan mereka didalam kereta kononnya senang untuk mereka mencari barang bila memerlukan. Sebenarnya sikap ini tidak elok untuk wanita, lain kata ianya adalah sikap malas.

Baca juga  Tidur Sebentar Pada Waktu Siang Bagus Untuk Jantung

5. Suka hias kereta

Jangan pelik kalau anda lihat kereta penuh dengan teddy bear, bantal dan barangan berwarna merah jambu. Mereka suka lihat kereta meriah dengan barang perhiasan. Jangan marahkan mereka, ini adalah salah satu terapi minda bagi sesetengah wanita.

6. Namakan kereta mereka

Wanita suka meletakkan nama pada setiap benda, selain daripada haiwan. Kereta juga umpamanya, mereka akan memanggil gelaran seperti Pinky, Betty Dan bermacam nama lagi.

Sebenarnya bukan wanita sahaja yang teruk apabila berada dijalan raya. Ramai lelaki yang suka memandu dengan bahaya dan sekaligus membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Beringatlah ketika memandu, biar lambat asalkan selamat tiba di destinasi. Sekian petikan dari bm.com.my

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *