Cari...

Antarabangsa Artis Info Menarik

Suara Emas Yang Dimiliki Ronu Mondal Kini Menjadi Artis Rakaman

Kongsi

Suara emas iaitu suara yang sangat jarang sekali kita dengar namun sangat merdu bila dilontarkan. Itulah bakat yang ada pada Ronu Mondal yang merupakan gelendangan sebelum menjadi artis rakaman.

Ranu kini sudah mempunyai kerjaya di Bollywood dan menyertai rancangan realiti TV Superstar SingerTuah ayam, nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.  Peribahasa ini sentiasa bermain di bibir setiap kali kita memperkatakan kejayaan/rezeki seseorang yang dianggap luar biasa atau mungkin, sesuatu itu tidak seharusnya berlaku.

Suara Emas

Siapa sangka nasib seorang wanita tua gelandangan Ranu Mondal berubah sekelip mata setelah tular sebuah video nyanyiannya berjudul Ek Pyaar Ka Naagma Hai di sebuah stesen keretapi Ranaghat yang terletak di Bengal Barat, India.

Tular video nyanyian Ranu dimuat naik di Facebook oleh Atindra Chakraborty setelah mendengar suara wanita itu semasa di stesen keretapi tersebut. Atindra Chakraborty sekarang menjadi pengurusnya untuk menguruskan hal berkaitan karier barunya dalam bidang industri Bollywood.

Foto: bm.cari.com.my

Keaslian kemerduaan suara wanita tua yang menyanyikan lagu asal Lata Mangeshkar itu turut membuatkan komposer Bollywood terkenal, Himesh Reshamiya kagum hingga menjemputnya untuk merakamkan lagu terbaharu berjudul “Teri Meri Kahani”.

Kuasa tular video itu turut menarik minat raja Bollywood, Salman Khan untuk merakamkan lagu dengan Ranu dalam filem Dabangg 3. 

Mungkin ada yang menganggap hidup seorang gelandangan akan terus berakhir di lorong-lorong kotor, busuk dan jijik yang dijadikan sebagai tempat tinggal golongan ini. Namun dek memiliki suara emas yang membuatkan ramai kagum mendengarnya dan kuasa viral telah menjadikan dia seorang yang luar biasa.

Sangat luar biasa kan? Siapa sangka, masih ada orang yang kita tidak pandang namun mempunyai bakat yang besar yang masih boleh digilap jika ada platform yang membantu mereka.

Baca juga  Ular Raksasa Ditemui Mati Dalam Kebakaran Hutan
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *