Connect with us

Sotong Gergasi Tiba-Tiba Muncul Di Jeti Menggemparkan Penduduk Jepun

Uncategorized

Sotong Gergasi Tiba-Tiba Muncul Di Jeti Menggemparkan Penduduk Jepun

Satu berita yang menggemparkan penduduk Jepun telah tersebar di laman sosial facebook iaitu penampakkan sotong yang bersaiz gergasi muncul di sebuah jeti. Sotong pelik tersebut didakwa berenang di bawah bot nelayan dan berada di lokasi tersebut selama beberapa jam sebelum berlalu pergi. Seorang penyelam, Akinobu Kimura berjaya merakam gerak geri sotong tersebut selama beberapa minit.

Foto: tribunemalaya.club

“Sotong tersebut kelihatan sempurna, mengeluarkan dakwat dan cuba membelit saya menggunakan rungutnya,” kata Akinobu.

Sotong Gergasi Dipandu Pulang Ke Laut

Katanya, beliau kemudian memandu sotong tersebut ke tengah lautan dan sotong tersebut akhirnya hilang di laut dalam. Sementara itu, penjaga akuarium Uozu, Yuki Ikushi memberitahu CNN terdapat 16 penampakan sotong gergasi pada musim menangkap ikan yang lepas.

“Kita mungkin akan nampak lagi (sotong gergasi) pada musim ini, tapi memang sangat jarang mereka berenang berdekatan bot milik nelayan,” kata Yuki.

Difahamkan, sotong gergasi berkenaan berukuran kira-kira 13 meter (43 kaki) dan hanya terdapat di lautan dalam. Dan penemuan ini betul-betul mengejutkkan dunia.

Foto: tribunemalaya.club

Kemunculan haiwan yang bersaiz gergasi ini boleh jadi suatu petanda yang tidak baik, kemungkinan ada bencana atau sesuatu yang telah berlaku di laut dalam. Siapa tahu kan?

Sumber: tribunemalaya.club

Baca juga  5 Cara Yang Berkesan Untuk Hapuskan Anai-anai Di Rumah
Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Uncategorized

Ke Atas
loading...
loading...