Cari...

Gaya Hidup Teknologi

Smartphone Dengan Pengecas Yang Terpantas Abad Ini, Hanya 13 Minit

Kongsi

Memang ramai yang mencari telefon mudah alih yang senang untuk di cas, lebih-lebih lagi kalau ia boleh di cas dengan jangka masa pendek. Sangat menjimatkan masa bila kita menggunakan teknologi sebagai perantara untuk memudahkan kerja-kerja kita.

Peranti pintar hanya akan kekal berfungsi selagi bateri masih lagi mempunyai caj. Secara purata peranti pintar mempunyai masa skrin terpasang sekitar lima jam. Salah satu perkara yang amat didambakan pengguna ialah sistem pengecasan yang membuatkan mereka tidak lagi perlu menanti masa yang lama untuk mencapai tahap 100%.

Di MWC Shanghai kelak, Vivo akan memperlihatkan sistem pengecasan 120W.  Menerusi sistem ultra pantas ini, bateri sebesar 4000 mAh boleh dicas sepenuhnya dalam masa hanya 13 minit. Ia boleh mengecas ke tahap 50% dalam masa 5 minit. Ini membuatkannya lebih pantas berbanding sistem pengecasan 100W Xiaomi yang mengecas kapasiti bateri yang sama dalam masa 17 minit.

Baca juga  Menyambut Syawal Seorang Diri Kerana Sudah Kehilangan IbuBapa

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *