Cari...

Gaya Hidup

Sewa Bilik Kecil Tapi Harga Hotel Mewah, Berbaloi ke?

Kongsi

Sewa bilik dengan harga yang tinggi tapi bilik yang kecil hanya muat untuk bilik tidur kanak-kanak. Adakah anda rasa ianya berbaloi? Petikan dari cari.com.my disini ada ulasan selanjutnya.

Kisah ini adalah rentetan kemarahan rakyat Malaysia mengenai harga rumah yang semakin melampau. Sementelah, wujud segelintir pembeli rumah kos rendah, lalu menyewakannya kembali dengan harga ‘yahudi’. 

Bukan sahaja harga rumah ‘cekik darah’, kemudahan yang disediakan juga tidak berpadanan dengan harga dikenakan kepada penyewa. 

Namun, kerana terpaksa, ada sahaja yang sanggup menyewa lalu menelan sahaja kesusahan tersebut. Masalahnya, sampai bila situasi begini harus dibiarkan? Mereka untung, tapi kita?

Rata-rata warganet berkata ianya seperti kembali pada zaman 50-an, lalu merujuk pada cerita Masam-Masam Manis lakonan arwah Tan Sri P Ramlee yang tinggal di rumah ‘lodging’ Mak Minah dengan kemudahan percampuran lelaki dan wanita serta dapur dan tandas berkongsi. Atau sebenarnya, lebih teruk kerana tiada sebarang perabot di dalam bilik!

Rupa-rupanya, situasi ini sudah pun berlaku di beberapa bandar besar seperti Pandan, Shamelin, Maluri, Johor Bahru dan lain-lain tempat yang kepadatan kilang dan pejabatnya sangat sesak. 

Tidak mustahil jika ianya dibiarkan berterusan, maka lebih ramai kapitalis yang lebih dasyat seperti yang berlaku di negara luar; Singapura, Hong Kong dan New York. 

Apabila berlaku perkara seperti ini, satu yang terlintas, bagaimana ianya diluluskan oleh pihak berkuasa? Jawapannya adalah tiada kelulusan dan ianya dilakukan secara haram. 

Jika berlaku perkara buruk seperti kebakaran, maka ketika itu barulah terbongkar seperti mana tragedi terhadap pusat tahfiz tidak berdaftar.

Jika ingin berniaga, hendaklah memberi harga setimpal dengan produk yang kita berikan. Janganlah mengaut keuntungan sehingga boleh menyebabkan ramai pelanggan anda rugi. Maka, perniagaan anda tidak akan bertahan lama.

Baca juga  Lelaki Yang Benar Mahukan Anda, Berani Berjumpa Dengan Keluarga
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *